Connect with us

Terkini

Turunkan had usia saringan HIV kepada 16 tahun

Majlis AIDS Malaysia (MAC) menyarankan supaya had usia saringan ujian HIV dari 18 tahun diturunkan kepada 16 tahun susulan peningkatan kes berkenaan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr Dinesh.
  • Majlis AIDS Malaysia (MAC) menyarankan supaya had usia saringan ujian HIV dari 18 tahun diturunkan kepada 16 tahun susulan peningkatan kes berkenaan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.
  • Naib Presidennya, Dr Dinesh Mahalingam berkata langkah itu wajar kerana ia memberi ruang kepada pengesanan dan rawatan awal serta menangani realiti generasi muda yang semakin terkesan dengan epidemik HIV.
  • “Malaysia sedang menyaksikan peningkatan ketara penularan HIV secara seksual, yang kebanyakannya memberi kesan kepada golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan bersama Yayasan AIDS Malaysia (MAF) hari ini.

KUALA LUMPUR — Majlis AIDS Malaysia (MAC) menyarankan supaya had usia saringan ujian HIV dari 18 tahun diturunkan kepada 16 tahun susulan peningkatan kes berkenaan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.

Naib Presidennya, Dr Dinesh Mahalingam berkata langkah itu wajar kerana ia memberi ruang kepada pengesanan dan rawatan awal serta menangani realiti generasi muda yang semakin terkesan dengan epidemik HIV.

Dr Dinesh berkata langkah itu juga dapat mendidik generasi muda mengenai aspek kesihatan seksual selari dengan trend global yang menggalakkan umur ujian lebih rendah.

“Adalah penting untuk diakui bahawa peningkatan kes HIV bukan hanya terhad kepada pelajar universiti dan kolej sahaja. 

“Malaysia sedang menyaksikan peningkatan ketara penularan HIV secara seksual, yang kebanyakannya memberi kesan kepada golongan muda. 

“Ini menekankan keperluan untuk intervensi yang menyeluruh dan tersasar,” katanya dalam satu kenyataan bersama Yayasan AIDS Malaysia (MAF) hari ini.

Terdahulu, jangkitan HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun dilaporkan semakin meningkat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata berdasarkan notifikasi jangkitan kes dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan pelajar dijangkiti HIV pada 2023 adalah 244 kes, berbanding 2022 iaitu 221 kes.

Susulan itu, terdapat gesaan daripada Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Nazirah Abdullah supaya universiti mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu sebagaimana prosedur pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum memasuki kampus atau mendaftarkan diri pada tahun pertama.

Gesaan itu turut mendapat sokongan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong yang secara peribadi berpandangan pelaksanaan cadangan itu membolehkan pesakit HIV dikenal pasti lebih awal dan rawatan dapat diberikan dengan cepat, apatah lagi ketika ini ada pesakit enggan mendapatkan rawatan.

Menurut kenyataan bersama antara MAF dan MAC, pihak mereka dari aspek pendidikan akan menyokong pelaksanaan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja atau PROSTAR yang baru diperbaharui di kampus-kampus institusi pendidikan tempatan. 

Program itu merupakan inisiatif dibangunkan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan yang bertujuan menyampaikan kesedaran HIV/AIDS kepada kelompok muda.

“Berpandukan pada modul dibangunkan pakar-pakar bertauliah,  PROSTAR 2.0 akan digerakkan pembimbing rakan sebaya atau PRS yang diberi autonomi untuk menggerakkan program ini. 

“Pendekatan ini mencerminkan slogan PROSTAR, iaitu “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”.

“Kami mempunyai rancangan besar untuk melancarkan program berasaskan kampus di seluruh negara pada separuh kedua tahun ini, dengan menggunakan PROSTAR 2.0 sebagai asas penglibatan kami dengan pelajar. 

“Situasi terkini tentang peningkatan kes HIV di kampus tempatan merupakan bendera merah yang menonjolkan keperluan kritikal untuk mendidik golongan muda mengenai pencegahan HIV dan mengurangkan stigma berkaitan,” kata Pengarah Eksekutif MAF dan MAC, Jasmin Jalil. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending