Connect with us

Terkini

‘Gesa universiti wajibkan ujian HIV buat pelajar baharu cadangan bagus’ – Dr Sakinah Sulong

Gesaan supaya universiti mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu yang berusia 18 hingga 25 tahun adalah cadangan yang bagus.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong.
  • Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong berkata pelaksanaan cadangan itu membolehkan pesakit HIV dikenal pasti lebih awal dan rawatan dapat diberikan dengan cepat, apatah lagi ketika ini ada pesakit enggan mendapatkan rawatan.
  • Kelewatan dalam mendapatkan rawatan akan menjejaskan kesihatan pesakit HIV dalam jangka masa panjang dan boleh meningkatkan penularan penyakit itu dalam kalangan pelajar lain.
  • “Tapi dalam masa sama, saya harap masa kita check status HIV pesakit itu dia mestilah remain confidential bagi pihak pentadbiran, dia tidak boleh dijadikan satu alasan sebagai stigma kepada student itu (untuk didiskriminasi). 
  • “Kita tak nak juga (keputusan HIV itu) dijadikan alasan untuk menafikan hak pesakit tersebut untuk sambung belajar dekat universiti sebab kita tak nak kata, ‘ohh kalau saring positif dia tidak boleh masuk (universiti)… Tidak, kita tak nak macam itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau mengulas gesaan supaya universiti mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu, di mana prosedur itu sama seperti melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki kampus atau mendaftarkan diri pada tahun pertama.

KUALA LUMPUR — Gesaan supaya universiti mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu yang berusia 18 hingga 25 tahun adalah cadangan yang bagus.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong berkata beliau secara peribadi berpandangan pelaksanaan cadangan itu membolehkan pesakit HIV dikenal pasti lebih awal dan rawatan dapat diberikan dengan cepat, apatah lagi ketika ini ada pesakit enggan mendapatkan rawatan.

Dr Sakinah berkata kelewatan dalam mendapatkan rawatan akan menjejaskan kesihatan pesakit HIV dalam jangka masa panjang dan boleh meningkatkan penularan penyakit itu dalam kalangan pelajar lain.

Katanya, situasi sebegitu yang pihaknya cuba elakkan kerana pesakit HIV yang menerima rawatan awal boleh mengurangkan jangkitan HIV kepada individu lain dan berupaya memanjangkan hayat pesakit itu.

“Pandangan saya sebagai pakar perubatan keluarga cadangan itu satu cadangan yang bagus memandangkan (ada) peningkatan angka pesakit HIV dalam kalangan pelajar IPT.

“Tapi dalam masa sama, saya harap masa kita check status HIV pesakit itu dia mestilah remain confidential bagi pihak pentadbiran, dia tidak boleh dijadikan satu alasan sebagai stigma kepada student itu (untuk didiskriminasi). 

“Kita tak nak juga (keputusan HIV itu) dijadikan alasan untuk menafikan hak pesakit tersebut untuk sambung belajar dekat universiti sebab kita tak nak kata, ‘ohh kalau saring positif dia tidak boleh masuk (universiti)… Tidak, kita tak nak macam itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang gesaan supaya universiti mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu, di mana prosedur itu sama seperti melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki kampus atau mendaftarkan diri pada tahun pertama.

Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Nazirah Abdullah yang membuat gesaan itu berkata ketika ini penularan kes HIV gagal ditangani di peringkat kampus kerana kekurangan usaha merangka dasar dan pelaksanaan program kesedaran kepada pelajar. 

Difahamkan, gesaan itu dibuat susulan jangkitan HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun dilaporkan semakin meningkat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata berdasarkan notifikasi jangkitan kes dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan pelajar dijangkiti HIV pada 2023 adalah 244 kes, berbanding 2022 iaitu 221 kes.

Mengulas lanjut, Dr Sakinah berkata cadangan itu bagaimanapun perlu dilakukan seiring dengan advokasi dan program untuk meningkatkan pendidikan tentang jauhi seks bebas dan kegiatan tidak bermoral.

“Pada masa sama kita kena kita kena tingkatkan education to have safe sex, jauhi seks bebas, jauhi kegiatan tidak bermoral.

“Maksud dia syarat ini tidak boleh berjalan tanpa ada pendidikan seks tanpa ada pendidikan tentang safe sex, tingkah laku berisiko yang boleh meningkatkan risiko mereka (pelajar dijangkiti HIV),” katanya.

Dr Sakinah berkata sekiranya dilihat ketika ini angka statistik pesakit HIV sememangnya majoriti disumbangkan hubungan seks atau faktor utamanya disebabkan hubungan sejenis iaitu homoseksualiti. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending