Connect with us

Antarabangsa

Turkiye import minyak dari Iran, abai sekatan AS

Turkiye menyambung semula pengimportan minyak dari Iran setelah empat tahun operasi itu dihentikan, demikian menurut data dikeluarkan Eurostat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi (kiri) & Presiden Recep Tayyip Erdogan (kanan).
  • Turkiye menyambung semula pengimportan minyak dari Iran setelah empat tahun operasi itu dihentikan, demikian menurut data dikeluarkan Eurostat.
  • Langkah itu diambil setelah semakin banyak negara mengabaikan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan langkah memanfaatkan rekod baik penjualan minyak Tehran kepada pasaran Asia.
  • Pada Mac 2024, Turkiye mengimport 576 tan metrik minyak dari Iran dan 485 tan metrik minyak pada April.
  • Tindakan itu menunjukkan perubahan ketara sejak Ogos 2020 apabila Turkiye mengambil tindakan menghentikan pengimportan minyak Iran dalam mematuhi sekatan AS.

Turkiye menyambung semula pengimportan minyak dari Iran setelah empat tahun operasi itu dihentikan, demikian menurut data dikeluarkan Eurostat.

Langkah itu diambil setelah semakin banyak negara mengabaikan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan langkah memanfaatkan rekod baik penjualan minyak Tehran kepada pasaran Asia.

Pada Mac 2024, Turkiye mengimport 576 tan metrik minyak dari Iran dan 485 tan metrik minyak pada April.

Tindakan itu menunjukkan perubahan ketara sejak Ogos 2020 apabila Turki mengambil tindakan menghentikan pengimportan minyak Iran dalam mematuhi sekatan AS.

Penyambungan semula import minyak dari Iran dilihat sebagai sebahagian trend yang semakin meluas dengan negara Eropah lain juga meningkatkan pembelian minyak mereka dari Iran. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *