Connect with us

Terkini

Tempoh setahun dapatkan tauliah ajar Islam di Perak munasabah – Saarani

Tempoh setahun bagi mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak adalah mencukupi dan munasabah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
  • Tempoh setahun bagi mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak adalah mencukupi dan munasabah, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. 
  • Saarani berkata pengajaran agama tugas yang sangat penting dan berat kerana melibatkan persoalan akidah serta hukum fiqah.
  • “Pihak Jabatan Mufti Negeri Perak perlu berhati-hati dalam menilai calon pemegang tauliah yang benar-benar berkelayakan untuk diberi tauliah mengajar,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian menjawab soalan asal Mohamad Husairi Ariffin (PN-Kenering) yang mahu penjelasan sama ada Jabatan Mufti Negeri Perak dapat memendekkan tempoh mengeluarkan keputusan peperiksaan bagi mendapatkan tauliah yang diambil kurang dari setahun serta tempoh paling cepat keputusan mampu diperoleh.

IPOH – Tempoh setahun bagi mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak adalah mencukupi dan munasabah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. 

Saarani berkata pengajaran agama tugas yang sangat penting dan berat kerana melibatkan persoalan akidah serta hukum fiqah.

“Pihak Jabatan Mufti Negeri Perak perlu berhati-hati dalam menilai calon pemegang tauliah yang benar-benar berkelayakan untuk diberi tauliah mengajar,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan asal Mohamad Husairi Ariffin (PN-Kenering) yang mahu penjelasan sama ada Jabatan Mufti Negeri Perak dapat memendekkan tempoh mengeluarkan keputusan peperiksaan bagi mendapatkan tauliah yang diambil kurang dari setahun serta tempoh paling cepat keputusan mampu diperoleh.

Saarani berkata antara prosesnya ialah pemohon perlu mengisi borang permohonan Tauliah Mengajar Negeri Perak dengan lengkap dan disokong Pegawai Tadbir Agama Daerah sebelum calon perlu menduduki ujian bertulis bagi Peperiksaan Tauliah Mengajar Negeri Perak.

Ujian bertulis itu melibatkan tujuh subjek iaitu Tauhid, Fiqah, Sirah, Hadis, Tafsir, Aliran pemikiran dan Tasawuf yang hanya diadakan sekali setahun dan kira-kira 150 hingga 250 calon pemegang tauliah menduduki ujian itu sebelum ini.

“Proses semakan kertas jawapan bagi ujian bertulis akan dilaksanakan oleh para penggubal soalan yang terdiri AJK (ahli jawatankuasa) Fatwa Negeri Perak dan AJK Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak yang keanggotaannya telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Sultan Nazrin Shah),” katanya.

Beliau berkata proses itu mengambil masa sekitar tiga hingga empat bulan untuk penelitian demi menjaga kualiti pemegang tauliah.

Saarani berkata berdasarkan peraturan, senarai calon yang lulus ujian bertulis perlu dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang bersidang tiga kali setahun untuk diperakukan. 

Setelah itu calon-calon terbabit akan dipanggil untuk ujian lisan iaitu temu duga dengan panelnya terdiri AJK Fatwa Negeri Perak dan AJK Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak.

“Perkara berkaitan hukum-hakam khususnya akidah dan fikah pemohon perlu kepada penelitian pakar untuk membuat penilaian ilmu calon pemegang tauliah,” katanya.

Calon berkenaan turut dinilai dari segi aspek psikologi, interpersonal dan kemahiran mendidik ilmu agama kepada umat Islam. – BERNAMA

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending