Terkini
Protes Bangladesh: Hampir 180 maut, lebih 2,500 ditahan
Jumlah tangkapan orang ramai dalam keganasan di Bangladesh melepasi angka 2,500, demikian menurut jumlah kiraan AFP pada Selasa.
- Jumlah tangkapan orang ramai dalam keganasan di Bangladesh melepasi angka 2,500, demikian menurut jumlah kiraan AFP pada Selasa.
- Selepas protes isu kuota pekerjaan mencetuskan keganasan meluas, sekurang-kurangnya 174 maut, termasuk beberapa pegawai polis, demikian menurut kiraan berasingan AFP berdasarkan laporan polis dan hospital.
- Apa bermula sebagai demonstrasi berkenaan kuota kemasukan politik sebagai penjawat awam telah berkembang minggu lalu menjadi keganasan terburuk dalam pemerintahan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina.
- Perintah berkurung dikenakan dan tentera dikerahkan ke seluruh negara. Penutupan internet secara menyeluruh menyekat drastik penyaluran maklumat, mengganggu kehidupan ramai.
Jumlah tangkapan orang ramai dalam keganasan di Bangladesh melepasi angka 2,500, demikian menurut jumlah kiraan AFP pada Selasa.
Selepas protes isu kuota pekerjaan mencetuskan keganasan meluas, sekurang-kurangnya 174 maut, termasuk beberapa pegawai polis, demikian menurut kiraan berasingan AFP berdasarkan laporan polis dan hospital.
Apa yang bermula sebagai demonstrasi berkenaan kuota kemasukan politik sebagai penjawat awam telah berkembang minggu lalu menjadi keganasan terburuk dalam pemerintahan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina.
Perintah berkurung dikenakan dan tentera dikerahkan ke seluruh negara. Penutupan internet secara menyeluruh menyekat drastik penyaluran maklumat, mengganggu kehidupan ramai.
Mahkamah Agung pada Ahad mengurangkan bilangan pekerjaan diperuntukkan untuk kumpulan tertentu termasuk keturunan “pejuang kemerdekaan” perang pembebasan Bangladesh pada tahun 1971 melawan Pakistan.
Kumpulan pelajar yang mengetuai demonstrasi menangguhkan protes pada Isnin selama 48 jam, dengan ketuanya mengatakan mereka tidak mahukan pembaharuan “dengan harga korban yang tinggi”.
Sekatan masih kekal pada Selasa selepas ketua tentera memberitahu bahawa keadaan “terkawal”.
Kehadiran ramai tentera dilaporkan di Dhaka dengan didirikan kubu di beberapa persimpangan dan jalan utama dihalang menggunakan dawai berduri.
Namun begitu, lebih ramai orang awam dilaporkan berada di jalanan, termasuk ratusan beca. – The Merdeka Times