Connect with us

Antarabangsa

Peminat K-Pop World Festival kritik penyertaan Israel, ancam boikot

Pengguna media sosial menggesa acara tahunan K-Pop World Festival diboikot kerana mempromosikan penyertaan Israel yang melakukan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas rakyat Palestin di Gaza, lapor MEE.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengguna media sosial menggesa acara tahunan K-Pop World Festival diboikot kerana mempromosikan penyertaan Israel yang melakukan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas rakyat Palestin di Gaza, lapor MEE.
  • Promosi acara K-pop di Israel sebelum festival tajaan utama berlangsung di Korea Selatan kelak membangkitkan kemarahan dan seruan boikot peminat genre itu dengan tuduhan Seoul melakukan pengabaian genosid melalui seni (artwashing genocide).
  • Peminat K-pop bertindak meluahkan kemarahan di media sosial dan menggesa pemboikotan dengan tanda pagar #KpopFestivalOutWithZionism dan #NoToArtwashingInKpop selepas Kedutaan Korea Selatan di Israel mula mempromosikan tiket untuk uji bakat festival itu pada 15 Julai ini.
  • K-Pop World Festival adalah pertandingan bakat pop Korea tahunan dianjurkan Korean Broadcasting System (KBS).
  • Gerakan BDS (Boycott, Divestment, Sanctions) Korea Selatan mengkritik uji bakat K-pop di Israel itu dan menekankan penganjuran acara sedemikian ketika rakyat Palestin sedang menderita adalah tidak wajar.

Pengguna media sosial menggesa acara tahunan K-Pop World Festival diboikot kerana mempromosikan penyertaan Israel yang melakukan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas rakyat Palestin di Gaza, lapor MEE.

Promosi acara K-pop di Israel sebelum festival tajaan utama berlangsung di Korea Selatan kelak membangkitkan kemarahan dan seruan boikot peminat genre itu dengan tuduhan Seoul melakukan pengabaian genosid melalui seni (artwashing genocide).

Peminat K-pop bertindak meluahkan kemarahan di media sosial dan menggesa pemboikotan dengan tanda pagar #KpopFestivalOutWithZionism dan #NoToArtwashingInKpop selepas Kedutaan Korea Selatan di Israel mula mempromosikan tiket untuk uji bakat festival itu pada 15 Julai ini.

K-Pop World Festival adalah pertandingan bakat pop Korea tahunan dianjurkan Korean Broadcasting System (KBS).

Ia dilaporkan sebagai inisiatif memanfaatkan populariti budaya Korea yang biasa dirujuk sebagai “gelombang Korea” sebagai promosi global negara tersebut.

Kedutaan Korea di seluruh dunia bertanggungjawab menganjurkan pusingan awal serantau dan finalis terpilih akan ke pentas di Korea Selatan.

Gerakan BDS (Boycott, Divestment, Sanctions) Korea Selatan mengkritik uji bakat K-pop di Israel itu dan menekankan penganjuran acara sedemikian ketika rakyat Palestin sedang menderita adalah tidak wajar.

Gerakan itu juga menggesa pengikutnya membuat aduan rasmi kepada Kementerian Luar Negeri Korea dan kedutaan di Israel.

BDS Korea Selatan turut berkongsi teks contoh boleh disalin pengguna, yang menjelaskan Israel dituduh melakukan jenayah perang dan berdepan tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan tidak boleh dijemput ke festival K-pop itu seperti “seolah-olah tiada apa berlaku”.

“Rakyat Palestin dibakar hidup-hidup dan dibunuh di Israel dan anda ingin menyaksikan genosid secara langsung dan menikmati festival K-pop dengan rakyat Israel?,” kata seorang pengguna media sosial platform X. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *