Connect with us

Terkini

Novel ‘soft porn’ satu jenayah moral, cari penulis hingga lubang cacing

Novel karya tempatan, termasuk novel “Lelaki Astatine”, yang didakwa mengandungi elemen soft porn adalah tindakan jenayah moral dan merosakkan akhlak umat.

Hidayah Sani

Published

on

Novel ‘soft porn’ satu jenayah moral, cari penulis hingga lubang cacing
Foto : Penulis skrip, Zabidi Mohamed
  • “Penulis yang menyuntik unsur soft porn dalam novel remaja selalunya berselindung di sebalik nama samaran. Cari mereka sampai ke lubang cacing untuk diberi kata nasihat atau kata dua. 
  • “Tulisan mereka adalah satu jenayah moral dan merosakkan akhlak umat,” kata Penulis skrip, Zabidi Mohamed ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini pada Rabu.
  • Zabidi mengulas isu novel tempatan didakwa mengandungi babak ‘soft porn’ dan ia dilihat semakin dinormalisasikan dalam dunia penerbitan.
  • TMT semalam melaporkan seorang wanita melahirkan kegusaran tentang novel “Lelaki Astatine” karya penulis novel terkenal, Anjell yang laris penjualannya, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sedangkan ia didakwa mempunyai kandungan soft porn.

 

KUALA LUMPUR — Novel karya tempatan, termasuk novel “Lelaki Astatine”, yang didakwa mengandungi elemen soft porn adalah tindakan jenayah moral dan merosakkan akhlak umat.

Penulis skrip, Zabidi Mohamed berkata penulis karya sedemikian kebiasaanya akan berselindung di sebalik nama samaran, namun keberadaan mereka perlu dicari untuk dinasihati tentang tindakan mereka menyuntik unsur soft porn dalam novel.

“Penulis yang menyuntik unsur soft porn dalam novel remaja selalunya berselindung di sebalik nama samaran. Cari mereka sampai ke lubang cacing untuk diberi kata nasihat atau kata dua. 

“Tulisan mereka adalah satu jenayah moral dan merosakkan akhlak umat,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini pada Rabu.

Zabidi yang sebelum ini antara individu lantang mengkritik filem Mentega Terbang kerana mempersendakan agama Islam secara terang-terangan,  berkata demikian mengulas isu novel tempatan didakwa mengandungi babak ‘soft porn’ dan ia dilihat semakin dinormalisasikan dalam dunia penerbitan.

TMT semalam melaporkan seorang wanita melahirkan kegusaran tentang novel “Lelaki Astatine” karya penulis novel terkenal, Anjell yang laris penjualannya, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sedangkan ia didakwa mempunyai kandungan soft porn.

TMT pada tahun lalu melaporkan seorang pengguna Facebook yang juga penulis buku iaitu Husna Adnan, meluahkan kebimbangan apabila novel Darlingku Mr. Cold Mafia nukilan penulis baru, Shadhia yang dilihat seolah-olah ingin menaikkan unsur grooming’ di dalam karyanya.

Ketika itu, syarikat terbitan karya tersebut memaklumkan mereka akan menghentikan penjualan novel tersebut di pasaran dengan serta-merta susulan isu tersebut menjadi tular dan menimbulkan keresahan dalam kalangan pembaca.

Mengulas isu itu, Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd, Dr Noor Aishah Rosli menjelaskan membaca bahan bacaan seperti novel bertemakan cinta dan berbaur seksual itu seronok, namun kesan jangka panjang untuk golongan remaja bawah umur mungkin tidak nampak sedangkan ia boleh menyebabkan mereka ralit dengan fantasi.

Beliau berkata individu menonton atau melihat bahan lucah juga akan berdepan masalah ketagihan hingga akhirnya menjejaskan potensi hidup mereka dan menyebabkan hilang fokus berikutan sentiasa menginginkan keseronokkan. — The Merdeka Times

 

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending