Antarabangsa
Kes kematian virus West Nile di Israel rekod 70 peratus peningkatan
Pihak Berkuasa Kesihatan Israel pada Jumaat mengesahkan jumlah kematian akibat penyakit virus West Nile (Demam Nil Barat) meningkat kepada 31 kes sejak bermulanya wabak itu pada Mei lalu.

- Pihak Berkuasa Kesihatan Israel pada Jumaat mengesahkan jumlah kematian akibat penyakit virus West Nile (Demam Nil Barat) meningkat kepada 31 kes sejak bermulanya wabak itu pada Mei lalu.
- Kementerian Kesihatan berkata 356 pesakit didiagnosis menghidap wabak berjangkit itu sejak berlakunya letusan kes penyakit tersebut, lapor agensi berita Anadolu.
- Akhbar Yedioth Ahronoth memetik kemas kini kementerian melaporkan kadar kematian akibat virus itu meningkat kepada 70 peratus pada dua hari terakhir sebelum laporan tersebut.
- Menurut Yedioth Ahronoth, pakar belum mengenal pasti punca peningkatan jangkitan dan penyebarannya pada musim panas ini.
- Virus bawaan nyamuk itu menunjukkan gejala seperti sakit kepala, demam, keletihan, sakit sendi dan otot, konjunktivitis, ruam kulit dan ada kalanya loya dan cirit-birit, selain dalam kes terpencil tertentu yang menyebabkan lumpuh dan kematian.
Pihak Berkuasa Kesihatan Israel pada Jumaat mengesahkan jumlah kematian akibat penyakit virus West Nile (Demam Nil Barat) meningkat kepada 31 kes sejak bermulanya wabak itu pada Mei lalu.
Kementerian Kesihatan berkata 356 pesakit didiagnosis menghidap wabak berjangkit itu sejak berlakunya letusan kes penyakit tersebut, lapor agensi berita Anadolu.
Akhbar Yedioth Ahronoth memetik kemas kini kementerian melaporkan kadar kematian akibat virus itu meningkat kepada 70 peratus pada dua hari terakhir sebelum laporan tersebut.
Kebanyakan pesakit datang dari wilayah tengah negara itu termasuk Tel Aviv, katanya.
Menurut Yedioth Ahronoth, pakar belum mengenal pasti punca peningkatan jangkitan dan penyebarannya pada musim panas ini.
Minggu sebelumnya, pihak berkuasa Israel menggesa pegawainya memperhebatkan pemantauan dan usaha pemusnahan nyamuk, menekankan kepentingan adanya kesedaran awam dan langkah-langkah pencegahan.
Virus West Nile disebarkan kepada manusia melalui nyamuk yang hinggap pada burung yang dijangkit.
Virus bawaan nyamuk itu menunjukkan pelbagai gejala seperti sakit kepala, demam, keletihan, sakit sendi dan otot, konjunktivitis, ruam kulit dan ada kalanya loya dan cirit-birit.
Dalam sejumlah kes terpencil, terdapat potensi jangkitan otak yang boleh menyebabkan lumpuh, gangguan kognitif dan kematian. – The Merdeka Times
