Connect with us

Terkini

Polemik pembunuhan Zayn Rayyan, tindakan boleh dikenakan terhadap ‘Edisi Siasat’

Peguam ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat mengingatkan tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat tidak sahih tentang kes kematian Zayn Rayyan, termasuk ke atas Telegram Edisi Siasat susulan pendedahan akaun itu yang mendakwa ibu bapa kanak-kanak autisme itu adalah pembunuh sebenar.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat.
  • Peguam ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat mengingatkan tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat tidak sahih tentang kes kematian Zayn Rayyan, termasuk ke atas Telegram Edisi Siasat susulan pendedahan akaun itu yang mendakwa ibu bapa kanak-kanak autisme itu adalah pembunuh sebenar.
  • Lebih mengkhuatirkan beliau adalah sekiranya individu lain turut menyebarkan maklumat itu dan wujudnya komen-komen berunsur kecaman ataupun membuat kenyataan subjudis yang membuatkan mereka seolah-olah berkongsi liabiliti sama.
  • “Kita khuatir kalau ada sesiapa yang buat keterangan yang bersifat subjudis ia ianya akan secara tindak langsung beri kesan dan boleh diambil tindakan so kita (perlu) hormat proses perundangan dan mahkamah kita tunggu je pada 26 Julai yang akan datang untuk serahan dokumen,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau mengulas tentang pendedahan Telegram Edisi Siasat pada Khamis berkaitan anak guamannya dan suami yang didakwa adalah pembunuh sebenar kepada kanak-kanak autisme tersebut.

KUALA LUMPUR — Peguam ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat mengingatkan tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat tidak sahih tentang kes kematian Zayn Rayyan, termasuk ke atas Telegram Edisi Siasat susulan pendedahan akaun itu yang mendakwa ibu bapa kanak-kanak autisme itu adalah pembunuh sebenar.

Mahmud berkata lebih mengkhuatirkan beliau adalah sekiranya individu lain turut menyebarkan maklumat itu dan wujudnya komen-komen berunsur kecaman ataupun membuat kenyataan subjudis yang membuatkan mereka seolah-olah berkongsi liabiliti sama.

“Kita khuatir kalau ada sesiapa yang buat keterangan yang bersifat subjudis ia ianya akan secara tindak langsung beri kesan dan boleh diambil tindakan so kita (perlu) hormat proses perundangan dan mahkamah kita tunggu je pada 26 Julai yang akan datang untuk serahan dokumen,” katanya.

“Maknanya kita macam buat kesalahan sama, kita membuat satu trial by media kita membuat satu hukuman sebelum pihak mahkamah membuat keputusan.

Freedom of speech ini memang kita ada tapi ianya ada had kita jangan melampaui batas, kita bahaya orang tak sedar tapi bila dah kena nanti tak baloi so better kita doakan je untuk kes ini berjalan kita doakan Zayn Rayyan dapat keadilan itu bagi saya lagi baik,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Telegram Edisi Siasat pada Khamis berkaitan anak guamannya dan suami yang didakwa adalah pembunuh sebenar kepada kanak-kanak autisme tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata keluarga Zayn Rayyan boleh membuat laporan polis dan mendapatkan perlindungan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya khuatir bahawa ada risiko dari segi keselamatan mereka susulan polemik kes tersebut.

Terbaharu, adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang dibunuh tahun lalu dilaporkan kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit.

Semalam, ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending