Antarabangsa
Paderi Kristian jual lot tanah di syurga
Paderi sebuah gereja Kristian Sepanyol tular kerana menawarkan dan menjual lot tanah di syurga dengan harga USD100 bagi setiap meter persegi.
- Paderi sebuah gereja Kristian Sepanyol tular kerana menawarkan dan menjual lot tanah di syurga dengan harga USD100 bagi setiap meter persegi.
- Paderi Entoms mendakwa hasil dialognya dengan tuhan pada 2017 memberikannya kuasa jualan terhadap tanah di syurga bermula pada harga USD100 setiap meter persegi.
- Pembelian dilakukan menjamin tempat pembelinya di syurga berhampiran istana tuhan, tanpa mengambil kira saiz tanah terlibat.
- Sebuah risalah edaran mengandungi maklumat dan cara pembelian tanah tersebut sedang beredar dalam talian.
- Risalah itu turut menyatakan pilihan pembayaran melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay selain tawaran pelan pembayaran ansuran.
Paderi sebuah gereja Kristian Sepanyol tular kerana menawarkan dan menjual lot tanah di syurga dengan harga USD100 bagi setiap meter persegi.
Times Now News melaporkan Paderi Entoms mendakwa hasil dialognya dengan tuhan pada 2017 memberikannya kuasa jualan terhadap tanah di syurga bermula pada harga USD100 setiap meter persegi.
Pembelian dilakukan menjamin tempat pembelinya di syurga berhampiran istana tuhan, tanpa mengambil kira saiz tanah terlibat.
Sebuah risalah edaran mengandungi maklumat dan cara pembelian tanah tersebut sedang beredar dalam talian.
Risalah itu menunjukkan sebuah rumah kelas pertengahan terletak tinggi di antara awan, dengan empat sekeluarga menghadap tangga emas menuju rumah ‘syurga’ tersebut.
Risalah itu turut menyatakan pilihan pembayaran melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay selain tawaran pelan pembayaran ansuran.
Pempengaruh hartanah, Armando Pantoja mendakwa menerusi akaun media sosialnya bahawa gereja Kristian itu memperoleh jutaan dolar hasil jualan ‘tanah syurga’ itu. – The Merdeka Times