Connect with us

Terkini

Mualaf perlu bebas keluar Islam: Keceluparan Pastor Albert tidak wakili majoriti ketua Kristian & agama lain

Keceluparan seorang pastor di Malaysia yang berpandangan perlu adanya kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran tidak mewakili pandangan majoriti ketua agama Kristian dan agama lain di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin.
  • Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin menegaskan agama Islam memiliki keistimewaan dan kemuliaan tersendiri serta dilindungi undang-undang dalam negara ini.
  • Ia tidak boleh menjadi bahan mainan dan percubaan di mana sesiapa yang ingin memeluk agama itu perlu terlebih dahulu mempelajari, memahami dan meyakini kebenarannya sebelum mengambil keputusan memeluk Islam.
  • “Hal ini tentu berbeza dengan kefahaman Pastor Albert yang mungkin tidak kisah bagi sesiapa untuk bertukar agama seperti menukar pakaian. Boleh diguna jika perlu dan dicampak apabila tidak suka.
  • “Adakah Pastor Albert tidak peduli sekiranya penganut Kristian boleh keluar dan masuk agamanya sesuka hati? Apatah lagi tiada peruntukan undang-undang di negara ini untuk menghalang penganut agama selain Islam untuk menukar agama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Jumaat.

KUALA LUMPUR — Keceluparan seorang pastor di Malaysia yang berpandangan perlu adanya kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran tidak mewakili pandangan majoriti ketua agama Kristian dan agama lain di negara ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin menegaskan agama Islam memiliki keistimewaan dan kemuliaan tersendiri serta dilindungi undang-undang dalam negara ini.

Katanya, agama Islam tidak boleh menjadi bahan mainan dan percubaan di mana sesiapa yang ingin memeluk agama itu perlu terlebih dahulu mempelajari, memahami dan meyakini kebenarannya sebelum mengambil keputusan memeluk Islam.

“Hal ini tentu berbeza dengan kefahaman Pastor Albert yang mungkin tidak kisah bagi sesiapa untuk bertukar agama seperti menukar pakaian. Boleh diguna jika perlu dan dicampak apabila tidak suka.

“Adakah Pastor Albert tidak peduli sekiranya penganut Kristian boleh keluar dan masuk agamanya sesuka hati? Apatah lagi tiada peruntukan undang-undang di negara ini untuk menghalang penganut agama selain Islam untuk menukar agama.

“Oleh itu, kami menganggap keceluparan Pastor Albert ini tidak mewakili pandangan majoriti ketua-ketua agama Kristian dan agama-agama lain di negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas laporan The Merdeka Times berkenaan Pastor Albert Kok dari Vision Harvest Church yang percaya bukan Muslim takut memeluk agama Islam kerana apabila menjadi Muslim, mereka berdepan kesukaran untuk keluar darinya ketika berubah fikiran.

Beliau mendakwa usaha untuk keluar dari agama Islam bagi kelompok mualaf hampir mustahil sekalipun melalui proses mahkamah syariah, mahkamah sivil dan yang lainnya.

Justeru, katanya perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran atau tidak mengamalkan ibadat agama Islam. — The Merdeka Times 

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending