Connect with us

Terkini

Isu mualaf keluar Islam: ‘Jangan anggap tukar agama macam tukar baju’ – Peguam

Pengamal undang-undang mengingatkan tindakan menukar agama tidak boleh dianggap sama seperti menukar baju susulan pandangan seorang pastor di Malaysia bahawa perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Aidil Khalid.
  • Peguam, Aidil Khalid mengingatkan tindakan menukar agama tidak boleh dianggap sama seperti menukar baju susulan pandangan seorang pastor di Malaysia bahawa perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran.
  • Ini kerana untuk seseorang mualaf itu keluar daripada Islam, beliau perlu melalui beberapa proses ditetapkan enakmen syariah, termasuk proses istitabah atau diberikan ruang untuk bertaubat.
  • “Kalau nak minta seolah-olah kebebasan itu, hari ini dia Islam esok dia nak keluar (Islam), tak bolehlah macam itu dia tukar-tukar (agama)… dia bila masuk dalam sesuatu agama itu terutama agama Islam yang menyeluruh konsep dan sifatnya dia masuk dengan sistemnya sekali sebab dia ada banyak kesan-kesan lain contohnya dari sudut perkahwinannya, kalau dia meninggal nanti harta pusaka dia dan sebagainya. 
  • “Jadi dia tak boleh nak minta tuntut oklah kalau dia tidak percaya (Islam) dia terus tiba-tiba nak keluar Islam, dia kena lalui proses itu dalam sistem penghakiman sebab dia ada banyak kesan-kesan yang lain,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan kesukaran untuk mualaf keluar Islam apabila mereka berubah fikiran dan ia hampir mustahil sekalipun melalui proses mahkamah syariah, mahkamah sivil dan sebagainya.
  • Turut mengulas isu sama, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA, Profesor Madya Dr Amini Amir Abdullah berkata pihaknya memandang serius isu tersebut yang disifatkan sebagai 3R kerana ia membabitkan persoalan murtad dan boleh dilihat mencampuri urusan umat Islam dan agama Islam sebagai agama persekutuan.

KUALA LUMPUR — Pengamal undang-undang mengingatkan tindakan menukar agama tidak boleh dianggap sama seperti menukar baju susulan pandangan seorang pastor di Malaysia bahawa perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran.

Peguam, Aidil Khalid berkata ini kerana untuk seseorang mualaf itu keluar daripada Islam, beliau perlu melalui beberapa proses yang ditetapkan enakmen syariah, termasuk proses istitabah atau diberikan ruang untuk bertaubat.

“Kita tak boleh nak anggap tukar agama ini macam nak tukar baju, dia ada proses kena lalui dan soal agama ini tidak boleh diambil ringan. 

“Kalau nak minta seolah-olah kebebasan itu, hari ini dia Islam esok dia nak keluar (Islam), tak bolehlah macam itu dia tukar-tukar (agama)… dia bila masuk dalam sesuatu agama itu terutama agama Islam yang menyeluruh konsep dan sifatnya dia masuk dengan sistemnya sekali sebab dia ada banyak kesan-kesan lain, contohnya dari sudut perkahwinannya, kalau dia meninggal nanti harta pusaka dia dan sebagainya. 

“Jadi dia tak boleh nak minta tuntut oklah kalau dia tidak percaya (Islam) dia terus tiba-tiba nak keluar Islam, dia kena lalui proses itu dalam sistem penghakiman sebab dia ada banyak kesan-kesan yang lain,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan kesukaran untuk mualaf keluar Islam apabila mereka berubah fikiran dan ia hampir mustahil sekalipun melalui proses mahkamah syariah, mahkamah sivil dan sebagainya.

Susulan itu, Pastor Albert Kok dari Vision Harvest Church berpandangan perlu ada kebebasan untuk mualaf kembali atau keluar daripada Islam, terutama jika mereka berubah fikiran atau tidak mengamalkan ibadat agama tersebut.

Mengulas lanjut, Aidil berkata perkara berkenaan isu hak mualaf untuk keluar Islam perlu dilihat dari dua sudut.

Katanya, sudut pertama ialah sekiranya mualaf itu selepas memeluk agama Islam dia didapati sememangnya mengamalkan ajaran dan mempercayai agama tersebut, namun kemudiannya ingin keluar Islam dan dalam senario itu akan ada proses seperti istitabah dan lain-lain yang perlu dilalui mualaf terbabit.

“Ada pula keadaan-keadaan tertentu mualaf ini dia masuk Islam atas kertas je sebab dia nak kahwin, tapi dia boleh buktikan dia tak pernah mengamalkan Islam dia cuma atas kertas sahaja tidak pernah dapat pendidikan dan panduan.

“(Masuk Islam) semata-mata sebab nak kahwin ja lepas dah kahwin pun suami tak bagi pendidikan dan sebagainya, jadi dalam keadaan-keadaan seperti itu dia boleh kemukakan kes di mahkamah syariah, tapi dia kena buktikan benda itu dan mahkamah syariah ada prosesnya yang boleh (buat) penetapan bahawa seseorang itu Islam atau bukan Islam,” katanya.

Turut mengulas isu sama, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim) PERKASA, Profesor Madya Dr Amini Amir Abdullah berkata pihaknya memandang serius isu tersebut yang disifatkan sebagai 3R kerana ia membabitkan persoalan murtad dan boleh dilihat mencampuri urusan umat Islam dan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Beliau berkata adalah tidak wajar menyamakan pengalaman agama lain dengan isu mualaf dan dalam konteks Islam isu akidah tidak boleh dipermainkan di mana salah satu daripada Maqasid Syariah ialah pemeliharaan agama termasuk akidah Islamiah. 

“Pastor Albert, lihatlah dahulu penganut agama anda. Jangan gunakan pendekatan agama anda untuk diterapkan dalam agama kami iaitu Islam,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending