Connect with us

Terkini

Mualaf wajar bebas keluar Islam jika berubah fikiran – Pastor

Seorang pastor di Malaysia berpandangan perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran atau tidak mengamalkan ibadat agama Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pastor Albert Kok dari Vision Harvest Church berkata beliau percaya bukan Muslim takut memeluk agama Islam kerana apabila menjadi Muslim, mereka berdepan kesukaran untuk keluar darinya apabila berubah fikiran.
  • Beliau berkata usaha untuk keluar dari agama Islam bagi kelompok mualaf hampir mustahil sekalipun melalui proses mahkamah syariah, mahkamah sivil dan yang lain-lainnya.
  • “Perlu ada kebebasan untuk kembali atau keluar daripada Islam terutamanya jika mereka (mualaf) berubah fikiran atau tidak mengamalkan ibadat (agama) tersebut,” katanya kepada The Merdeka Times pada Jumaat ketika ditanya sama ada mana-mana agama di Malaysia boleh menyebarkan dakyah mereka kepada pelajar sekolah yang masih di bawah umur.
  • Pastor Albert berkata persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan sekiranya kanak-kanak bawah umur ingin menukar pegangan mereka kepada mana-mana agama.
  • Mengulas lanjut, beliau berkata dalam isu itu tidak boleh ada sebarang paksaan, manipulasi dan seumpamanya yang boleh dilakukan ke atas kanak-kanak tersebut.
  • “Semua rakyat terutamanya minor (kelompok bawah umur) harus bebas memilih, kerana kebebasan beragama termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” kata Pastor Albert.

KUALA LUMPUR — Seorang pastor di Malaysia berpandangan perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran atau tidak mengamalkan ibadat agama Islam.

Pastor Albert Kok dari Vision Harvest Church berkata beliau percaya bukan Muslim takut memeluk agama Islam kerana apabila menjadi Muslim, mereka berdepan kesukaran untuk keluar darinya apabila berubah fikiran.

Beliau berkata usaha untuk keluar dari agama Islam bagi kelompok mualaf hampir mustahil sekalipun melalui proses mahkamah syariah, mahkamah sivil dan yang lain-lainnya.

“Saya percaya bahawa orang takut untuk memeluk Islam kerana apabila mereka masuk dan menjadi Muslim, mereka menghadapi kesukaran untuk keluar sekiranya mereka berubah fikiran. 

“Ia hampir mustahil melalui proses mahkamah syariah, mahkamah sivil dan lain-lain.

“(Saya tertanya-tanya negara Islam mana lagi yang memegang amalan ini) Perlu ada kebebasan untuk kembali atau keluar daripada Islam terutamanya jika mereka (mualaf) berubah fikiran atau tidak mengamalkan ibadat (agama) tersebut,” katanya kepada The Merdeka Times pada Jumaat ketika ditanya sama ada mana-mana agama di Malaysia boleh menyebarkan ajaran mereka kepada pelajar sekolah yang masih di bawah umur.

Pastor Albert berkata persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan sekiranya kanak-kanak bawah umur ingin menukar pegangan mereka kepada mana-mana agama.

“Merujuk penukaran agama pelajar-pelajar kepada mana-mana agama, apakah undang-undang di Malaysia merujuk kepada umur di mana mereka boleh membuat keputusan itu tanpa kebenaran ibu bapa? Adakah ianya 18 tahun? Kena cari tentang perkara ini. Kebenaran kedua-dua ibu bapa seharusnya diberikan kepada minor (kanak-kanak bawah umur),” katanya.

Beliau berkata dalam isu itu tidak boleh ada sebarang paksaan, manipulasi dan seumpamanya yang boleh dilakukan ke atas kanak-kanak tersebut.

“Semua rakyat terutamanya minor (kelompok bawah umur) harus bebas memilih, kerana kebebasan beragama termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” kata Pastor Albert. 

Mengulas lanjut, Pastor Albert berkata pelajar-pelajar seharusnya fokus pengajian mereka kepada subjek relevan seperti STEM yang akan berguna untuk mereka selepas tamat belajar.

“Guru-guru mempunyai pengaruh dan tanggungjawab besar untuk memastikan perkara itu,” katanya. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending