Antarabangsa
Apple salur sumbangan pekerja kepada tentera Israel, penempatan haram
Dalam satu surat terbuka, pekerja dan pemegang saham Apple menggesa syarikat itu berhenti memadankan derma pekerja kepada entiti dikaitkan dengan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan penubuhan penempatan haram di Tebing Barat, menurut laporan diterbitkan The Intercept pada 11 Jun.
- Pekerja dan pemegang saham Apple menggesa syarikat itu berhenti memadankan derma pekerja kepada entiti dikaitkan dengan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan penubuhan penempatan haram di Tebing Barat, menurut laporan diterbitkan The Intercept pada 11 Jun.
- Surat itu menyeru Apple untuk “segera menyiasat dan menghentikan pemadanan derma kepada semua organisasi yang meneruskan penempatan haram di wilayah yang diduduki dan menyokong IDF”.
- Seperti beberapa syarikat terkemuka lain, kakitangan Apple dibenarkan untuk membuat derma kepada NGO. Namun, Apple pada kebanyakan keadaannya bersehaluan dalam politik dengan Israel.
- Menurut laporan itu, Apple sebelum ini memberi sumbangan kepada tentera Israel dan membuat sumbangan besar kepada kumpulan yang menguruskan dana untuk program peluasan penempatan di Tebing Barat yang diduduki antaranya, One Israel Fund, Jewish National Fund, dan HaYovel.
Dalam satu surat terbuka, pekerja dan pemegang saham Apple menggesa syarikat itu berhenti memadankan derma pekerja kepada entiti dikaitkan dengan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan penubuhan penempatan haram di Tebing Barat, menurut laporan diterbitkan The Intercept pada 11 Jun.
Surat itu menyeru Apple untuk “segera menyiasat dan menghentikan pemadanan derma kepada semua organisasi yang meneruskan penempatan haram di wilayah yang diduduki dan menyokong IDF”.
Seperti beberapa syarikat terkemuka lain, kakitangan Apple dibenarkan untuk membuat derma kepada NGO. Namun, Apple pada kebanyakan keadaannya bersehaluan dalam politik dengan Israel.
Menurut laporan itu, Apple sebelum ini memberi sumbangan kepada tentera Israel dan membuat sumbangan besar kepada kumpulan yang menguruskan dana untuk program peluasan penempatan di Tebing Barat yang diduduki antaranya, One Israel Fund, Jewish National Fund, dan HaYovel.
Setakat ini, Apple enggan mengulas perkara itu.
“Apple harus memastikan bahawa ia tidak menghantar dana kepada mana-mana organisasi ini – terutamanya sekarang apabila tiada kekurangan bukti atau maklumat mengenai aktiviti menyalahi undang-undang membabitkan pergerakan penempatan di Tebing Barat,” kata peguam kanan di Pusat Hak Perlembagaan, Diala Shamas dipetik The Cradle.
Laporan itu juga menyatakan program padanan derma Apple, termasuk kepada ‘Friends of the IDF‘ — sebuah entiti bukan keuntungan ditetapkan untuk mengumpul dana untuk anggota perkhidmatan tentera Israel yang telah memindahkan derma $34.5 juta kepada tentera Israel dalam minggu-minggu terawal peperangan kejam rejim Israel ke atas Gaza.
Pada bulan April, sebilangan pekerja Apple mendedahkan bahawa rakan sekerja yang menunjukkan sebarang bentuk sokongan kepada rakyat Palestin berikutan bermulanya kempen pengeboman Israel di Gaza seperti penglibatan dengan kumpulan pro-Palestin Apples4Ceasefire atau memakai pin, gelang dan kuffiyeh sering berdepan tindakan tatatertib atau diberhentikan kerja. – The Merdeka Times