Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kongres BERSIH: Jangan anggap agenda reformasi gerakan Islam picisan – ABIM

Kerajaan MADANI diingatkan supaya tidak menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin.
  • Kerajaan MADANI diingatkan supaya tidak menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.
  • Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin menegaskan kerajaan sebaliknya perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.
  • “…Gerakan Islam ada kedudukan dan peranan yang signifikan dia bukan kita kata peranan serpihan, bukan peranan yang ditepi tepian tapi peranan Islam ini saya fikir gerakan Islam sebagai satu force yang agak signifikan untuk kita ke depan tadi.
  • “Maksudnya bila kita bincang tentang wacana kedepan ini perlu ambil kira faktor Islam sebagai agama Persekutuan, Melayu sebagai kelompok terbesar dalam masyarakat maka sebarang apa-apa perbincangan, mahu tidak mahu kita perlu melibatkan ataupun gerakan Islam sendiri perlu bersama-sama kedepan untuk terlibat dalam perbincangan ini,” katanya.
  • Ahmad Fahmi berkata demikian ketika ditemui The Merdeka Times yang meminta beliau mengulas pembentangan dilakukannya berkenaan ‘Peranan Gerakan Islam dalam Transisi Demokrasi: Potensi, Cabaran dan Pengajaran 2018-2024’, di Kongres BERSIH yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR —- Kerajaan MADANI diingatkan supaya tidak menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin menegaskan kerajaan sebaliknya perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Beliau berkata sebarang perbincangan atau wacana yang bersifat kehadapan perlu mengambil kira faktor-faktor seperti Islam sebagai agama Persekutuan dan Melayu sebagai kelompok terbesar dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Gesaan hari ini untuk memberikan satu wake up call kepada kerajaan supaya agenda reform yang dibawakan gerakan Islam ataupun BERSIH dalam konteks ini janganlah dianggap sebagai agenda picisan ataupun (dibawa) kepada list keutamaan yang paling rendah.

“Jadi kita nak supaya list keutamaan ini diangkat dalam kedudukan utama untuk dijadikan sebagai reference dalam kerajaan hari ini.

“…Gerakan Islam ada kedudukan dan peranan yang signifikan dia bukan kita kata peranan serpihan, bukan peranan yang ditepi tepian tapi peranan Islam ini saya fikir gerakan Islam sebagai satu force yang agak signifikan untuk kita ke depan tadi.

“Maksudnya bila kita bincang tentang wacana kedepan ini perlu ambil kira faktor Islam sebagai agama Persekutuan, Melayu sebagai kelompok terbesar dalam masyarakat maka sebarang apa-apa perbincangan, mahu tidak mahu kita perlu melibatkan ataupun gerakan Islam sendiri perlu bersama-sama kedepan untuk terlibat dalam perbincangan ini,” katanya.

Ahmad Fahmi berkata demikian ketika ditemui The Merdeka Times yang meminta beliau mengulas pembentangan dilakukannya berkenaan ‘Peranan Gerakan Islam dalam Transisi Demokrasi: Potensi, Cabaran dan Pengajaran 2018-2024’, di Kongres BERSIH yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini hari ini. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *