Antarabangsa
Pakar media bimbang tiga menteri luar tunjuk sikap ‘dua pihak’ konflik Israel-Palestin
Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.
- Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.
- “Saya benar-benar terkejut dengan bahasa digunakan. Ia seolah-olah mereka menerima pakai rancangan AS. Kamu boleh ambil (pandangan) ini dari sekolah hubungan antarabangsa Antony Blinken dan Joe Biden.
- “Mereka bercakap tentang perjanjian normalisasi Saudi-Israel yang sama sekali meminggirkan rakyat Palestin. Ia salah satu sebab mengapa berlakunya (serangan) 7 Oktober,” kata Elmasry dipetik Al Jazeera.
- Beliau juga menunjukkan sikap “kedua-dua belah pihak” dalam ucapan di mana menteri luar terbabit mengutuk keganasan Israel tetapi pada masa sama turut mengutuk “keganasan dan terrorisme warga Palestin.”
- “Jadi, adanya kecenderungan untuk melindungi diri daripada kemungkinan dikritik,” katanya.
- Elmasry berkata penekanan menteri terbabit terhadap normalisasi Saudi-Israel dan masa depan Pihak Berkuasa Palestin (PA) bermasalah.
Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.
“Saya benar-benar terkejut dengan bahasa digunakan. Ia seolah-olah mereka menerima pakai rancangan AS. Kamu boleh ambil (pandangan) ini dari sekolah hubungan antarabangsa Antony Blinken dan Joe Biden.
“Mereka bercakap tentang perjanjian normalisasi Saudi-Israel yang sama sekali meminggirkan rakyat Palestin. Ia salah satu sebab mengapa berlakunya (serangan) 7 Oktober,” kata Elmasry dipetik Al Jazeera.
Beliau juga menunjukkan sikap “kedua-dua belah pihak” dalam ucapan di mana menteri luar terbabit mengutuk keganasan Israel tetapi pada masa sama turut mengutuk “keganasan dan terrorisme warga Palestin”.
“Jadi, adanya kecenderungan untuk melindungi diri daripada kemungkinan dikritik,” katanya.
Elmasry berkata penekanan menteri terbabit terhadap normalisasi Saudi-Israel dan masa depan Pihak Berkuasa Palestin (PA) bermasalah.
“Apabila mereka bercakap mengenai pemulihan PA, inilah yang sering dirujuk pentadbiran Biden. Pertama sekali, PA adalah subkontraktor untuk pendudukan Israel dan sangat tidak popular di kalangan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan Gaza,” katanya.
Elmasry berkata ia sesuatu yang paradoks untuk bercakap tentang penentuan sendiri nasib rakyat Palestin tanpa mendengar apa mereka mahukan dari segi kepimpinan.
“Dan kemudian mereka bercakap tentang penyelesaian dua negara, yang merupakan kemustahilan mutlak memandangkan lebih 700,000 peneroka Israel tinggal di tanah Palestin di lebih 200 penempatan dan pos, di mana kesemuanya adalah haram,” katanya.
“Penyelesaian dua negara dibuat mustahil oleh Israel dengan sengaja. Jadi, perkara ini sangat tidak masuk akal. Jika kamu warga Palestin yang mendengar kata-kata ini, kamu mungkin akan kecewa dengan perkataan-perkataan yang digunakan.”
Elmasry bagaimanapun berkata, dalam jangka masa panjang, langkah ini akan membantu perjuangan Palestin.
“Saya mahu jelaskan diri, (perkara) ini mungkin penting kerana sebahagian daripada program tekanan lebih besar yang dikenakan terhadap Israel.
“Seorang diplomat Israel sebelum ini berkata Tsunami diplomatik dilemparkan kepada Israel. Saya turut fikir dalam jangka masa panjang, perkara seperti ini, walaupun ia simbolik, boleh menjadi penting,” kata Elmasry. – The Merdeka Times