Antarabangsa
Kawalan penuh, pembersihan etnik perlu dilakukan untuk buka penempatan Yahudi di Gaza – Menteri Israel
Gaza harus berada di bawah kawalan penuh Israel dan pembersihan etnik perlu dilakukan untuk membuka jalan bagi penempatan Yahudi, kata Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

- Gaza harus berada di bawah kawalan penuh Israel dan pembersihan etnik perlu dilakukan untuk membuka jalan bagi penempatan Yahudi, kata Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
- Ben-Gvir berkata galakan “penghijrahan sukarela” rakyat Palestin dari Gaza adalah langkah “terakhir” dan “paling penting” bagi Israel untuk menduduki sepenuhnya wilayah konflik itu.
- “Jika penghijrahan berlaku, dan ratusan ribu meninggalkannya, anda akan dapat membawa lebih ramai dan ramai dan ramai lagi orang masuk,” kata menteri Israel itu.
- Ben-Gvir berkata dia “ingin tinggal di Gaza jika boleh” sekiranya matlamat memindahkan penduduk Palestin di Gaza tercapai.
Gaza harus berada di bawah kawalan penuh Israel dan pembersihan etnik perlu dilakukan untuk membuka jalan bagi penempatan Yahudi, kata Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
Ben-Gvir berkata demikian semalam kepada saluran berita ultra-Ortodoks Kikar HaShabbat dipetik The Cradle.
Katanya, galakan “penghijrahan sukarela” rakyat Palestin dari Gaza adalah langkah “terakhir” dan “paling penting” bagi Israel untuk menduduki sepenuhnya dan membina penempatan di wilayah konflik itu.
“Jika penghijrahan berlaku, dan ratusan ribu meninggalkannya, anda akan dapat membawa lebih ramai dan ramai dan ramai lagi orang masuk,” kata menteri Israel itu.
Ben-Gvir berkata dia “ingin tinggal di Gaza jika boleh” sekiranya matlamat memindahkan penduduk Palestin di Gaza tercapai.
Sekurang-kurangnya 35,647 warga Palestin terbunuh dan 79,852 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel pula 1,139 maut dengan puluhan dilaporkan masih ditawan Hamas di Gaza. – The Merdeka Times
