Terkini
HAWANA 2024: AI cabaran hebat dunia kewartawanan, uji integriti laporan
Kecerdasan buatan (AI) membawa cabaran hebat dalam evolusi dunia kewartawanan kerana ia menguji integriti laporan dihebahkan.
- Kecerdasan buatan (AI) membawa cabaran hebat dalam evolusi dunia kewartawanan kerana ia menguji integriti laporan dihebahkan.
- Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata penggunaan AI boleh mewujudkan sesuatu yang tiada, menyebabkan laporan dilakukan menggunakan teknologi itu sukar dinilai sama ada asli atau sebaliknya.
- “Dengan AI, orang yang sudah meninggal dunia pun boleh ‘dihidupkan semula’, menyebabkan kita tidak tahu dengan jelas sama ada apa dipaparkan itu asli atau tidak,” katanya dipetik Berita Harian pada Ahad selepas perasmian Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Kuching.
- Abang Johari berkata wartawan bertanggungjawab perlu mencari kaedah untuk mengelak penyebaran berita palsu susulan ledakan teknologi AI.
KUALA LUMPUR — Kecerdasan buatan (AI) membawa cabaran hebat dalam evolusi dunia kewartawanan kerana ia menguji integriti laporan dihebahkan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata penggunaan AI boleh mewujudkan sesuatu yang tiada, menyebabkan laporan dilakukan menggunakan teknologi itu sukar dinilai sama ada asli atau sebaliknya.
“Kepesatan teknologi dengan penggunaan AI ini satu evolusi hebat dalam bidang kewartawanan apabila ia dimanfaatkan oleh mereka yang pakar dengan penggunaannya.
“Dengan AI, orang yang sudah meninggal dunia pun boleh ‘dihidupkan semula’, menyebabkan kita tidak tahu dengan jelas sama ada apa dipaparkan itu asli atau tidak,” katanya dipetik Berita Harian pada Ahad selepas perasmian Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Kuching.
Abang Johari berkata wartawan bertanggungjawab perlu mencari kaedah untuk mengelak penyebaran berita palsu susulan ledakan teknologi AI.
“Saya syorkan wartawan yang mempunyai rasa tanggungjawab kepada kemakmuran negara dan seluruh pihak berkepentingan, menggariskan kod etika bersesuaian dalam penggunaan AI.
“Dengan AI, percakapan saya boleh diterjemah ke bahasa Mandarin atau Inggeris dengan gerakan bibir saya akan menepati dengan apa disebut dan inilah cabaran kita dalam media masa kini,” katanya. — The Merdeka Times