Connect with us

Antarabangsa

Apa berlaku di Gaza ‘bukan genosid’ – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.
  • “Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.
  • Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

“Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.

Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

“Saya akan sentiasa memastikan Israel mempunyai semua yang diperlukan untuk mempertahankan diri terhadap Hamas dan semua musuh mereka,” kata Biden yang turut menyatakan persetujuan pentadbirannya terhadap bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin tidak bersalah.

“Kami berdiri bersama Israel untuk mengeluarkan (pemimpin Hamas) Yahya Sinwar dan seluruh penyembelih Hamas. Kami mahu Hamas dikalahkan, kami akan bekerjasama dengan Israel untuk mewujudkannya,” kata Presiden AS itu.

Ucapan menghormati Bulan Warisan Yahudi menandakan usaha yang jelas Biden untuk membaiki hubungannya yang semakin tegang dengan masyarakat Yahudi.

Selama berbulan-bulan, Biden dilaporkan bergelut untuk mengemudi politik domestik berduri dalam isu perang Israel-Hamas, menyinggung perasaan progresif atas sokongan teguh terhadap Netanyahu sebelum menimbulkan kemarahan Demokrat pro-Israel dengan menahan penghantaran bom ke Israel, yang menurutnya, hanya akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *