Connect with us

Terkini

Anthony Loke nafi kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang

Laporan menyatakan kapal kargo milik syarikat Israel, ZIM dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu dinafikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata siasatan mendapati kapal itu sebelum ini dimiliki ZIM, bagaimanapun dijual kepada syarikat perkapalan MV Rotterdam berpangkalan di Hong Kong dan tidak mempunyai kaitan dengan Israel.
  • “Kita nak tegaskan syarikat perkapalan ZIM tak dibenarkan berlabuh di Malaysia, tapi kalau kapal dah tukar milik kepada pihak lain, itu jadi hal lain, ia jadi milik syarikat lain,” katanya dipetik FMT pada Khamis di sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan dan Majlis Erat Kasih Madani.
  • Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP mengulas laporan sebuah portal mendakwa kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia minggu lalu.
  • Penemuan itu menimbulkan pertikaian susulan pada Disember 2023, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

KUALA LUMPUR — Laporan menyatakan kapal kargo milik syarikat Israel, ZIM dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu dinafikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony Loke berkata siasatan mendapati kapal itu sebelum ini dimiliki ZIM, bagaimanapun dijual kepada syarikat perkapalan MV Rotterdam berpangkalan di Hong Kong dan tidak mempunyai kaitan dengan Israel.

“Kita nak tegaskan syarikat perkapalan ZIM tak dibenarkan berlabuh di Malaysia, tapi kalau kapal dah tukar milik kepada pihak lain, itu jadi hal lain, ia jadi milik syarikat lain,” katanya dipetik FMT pada Khamis di sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan dan Majlis Erat Kasih Madani.

Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP mengulas laporan sebuah portal mendakwa kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia minggu lalu.

Laporan bertarikh 3 Mei itu menyatakan kapal berkenaan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China, dengan menggunakan bendera negara Afrika, Liberia.

Ia berdasarkan semakan portal media terbabit menerusi  Marine Traffic, aplikasi mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa.

Penemuan itu menimbulkan pertikaian susulan pada Disember 2023, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata sekatan itu adalah respons terhadap tindakan negara haram itu yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan pembantaian dan kekejaman terhadap warga Palestin.

Malah, Kerajaan Malaysia juga tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini dan larangan dikenakan terhadap mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. 

Larangan itu sebelum ini menyaksikan 4,000 kontena kargo transit milik syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending