Connect with us

Terkini

(VIDEO) Tular saluran Youtube hina nabi, Netizen desak SKMM, PDRM dan Menteri Komunikasi ambil tindakan

Majoriti netizen Muslim mendesak orang ramai melaporkan akaun Youtube ‘Nabi Asli’ untuk tindakan kerana memaparkan animasi menggambarkan wajah dan fizikal Nabi Muhammad SAW selain didakwa menyesatkan audiens dengan pemahaman hadis dan al-Quran yang salah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkp layar akaun Youtube ‘Nabi Asli’ memaparkan animasi menggambarkan wajah dan fizikal Nabi Muhammad SAW.
  • Majoriti netizen Muslim mendesak orang ramai melaporkan akaun Youtube ‘Nabi Asli’ untuk tindakan kerana memaparkan animasi menggambarkan wajah dan fizikal Nabi Muhammad SAW selain didakwa menyesatkan audiens dengan pemahaman hadis dan al-Quran yang salah.
  • Perkara itu ditularkan pengguna X, @ruanguntukdinda yang mengajak netizen untuk membuat laporan terhadap saluran Youtube berkenaan dan media sosial berkaitan.
  • “Jom ramai-ramai report akaun ini. Mereka pun ada akaun X, tolong laporkan semua yang mereka ada, mereka punya tahap menghina Nabi kita dah melampau,” ciap @ruanguntukdinda di sini pada Ahad.
  • Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna X berasa berang dengan penghinaan dilakukan dan langsung melaporkan saluran berkenaan serta mendesak akaun itu terus dilaporkan dan dilabelkan sebagai ‘red flag’.
  • Netizen juga menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk menyiasat akaun terbabit.
  • Ada pengguna X mendakwa dia sudah membuat laporan ke atas akaun terbabit tahun lalu, namun tidak pasti sama ada akaun ditularkan baru-baru ini adalah akaun baru atau saluran Youtube itu tidak disekat walaupun laporan sudah dibuat.

KUALA LUMPUR — Majoriti netizen Muslim mendesak orang ramai melaporkan akaun Youtube ‘Nabi Asli’ untuk tindakan kerana memaparkan animasi menggambarkan wajah dan fizikal Nabi Muhammad SAW selain didakwa menyesatkan audiens dengan pemahaman hadis dan al-Quran yang salah.

Perkara itu ditularkan pengguna X, @ruanguntukdinda yang mengajak netizen untuk membuat laporan terhadap saluran Youtube berkenaan dan media sosial berkaitan.

“Jom ramai-ramai report akaun ini. Mereka pun ada akaun X, tolong laporkan semua yang mereka ada, mereka punya tahap menghina Nabi kita dah melampau,” ciap @ruanguntukdinda di sini pada Ahad.

Foto: Tangkap layar ciapan @ruanguntukdinda di X.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna X berasa berang dengan penghinaan dilakukan dan langsung melaporkan saluran berkenaan serta mendesak akaun itu terus dilaporkan dan dilabelkan sebagai ‘red flag’.

Foto: Tangkap layar komen netizen di X.

Mereka juga menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk menyiasat akaun terbabit.

Foto: Tangkap layar komen netizen di X.

Malah, ada netizen meluahkan kebimbangan dengan kandungan sebegitu yang dikhuatiri akan menyebabkan generasi muda salah faham tentang Islam dan mengikuti kefahaman salah.

Ada juga antara mereka membangkitkan persoalan tentang mengapa agama Islam, Allah  dan nabi sering menjadi bahan hinaan, adakah tindakan itu dilakukan atas dasar rasa ‘takut’?

“Kadang-kadang rasa kenapa buat semua ni, hina Allah hina Islam hina Nabi. Takot? Sakit hati ni. Macam macam diaorang buat risau dekat anak-anak takut salah fahaman sebab benda-benda gini,” ciap netizen wanita.

Foto: Tangkap layar komen netizen di X.

“Semangat betul sampai buat animasi.. Yang tengok dan cakap benda ni betul pun sama xxxxxnya… Kadang-kadang aku terfikir diorang ni tak ada kerja lain ke ehh?? Kenapa takut sangat dengan Islam eh….” ciap netizen lain.

Foto: Tangkap layar komen netizen di X.

Dalam pada itu, ada pengguna X mendakwa dia sudah membuat laporan ke atas akaun terbabit tahun lalu, namun beliau tidak pasti sama ada akaun ditularkan baru-baru ini adalah akaun baru atau saluran itu tidak disekat walaupun laporan sudah dibuat.

Ada juga di antara netizen mendakwa saluran itu asalnya dari negara jiran iaitu Indonesia selain mendakwa ia dilakukan dilakukan pelampau Hindu di India yang membenci Islam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *