Terkini
UM batal program profesor pro-Israel Bruce Gilley
Universiti Malaya (UM) membatalkan acara yang menampilkan Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland selepas tular tindakannya mengutuk pendirian Malaysia berkenaan negara haram Israel.
- Universiti Malaya (UM) membatalkan acara yang menampilkan Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland selepas tular tindakannya mengutuk pendirian Malaysia berkenaan negara haram Israel.
- “Acara itu dibatalkan,” kata jurucakap dari UM dipetik Scoop ketika ditanya apakah forum itu masih diteruskan selepas hantaran Gilley di media sosial mendapat perhatian ramai.
- Acara yang menampilkan Gilley sebagai penceramah utama bertajuk “Reassessing Republican China” dianjurkan Institute of China Studies (ICS) UM itu pada asalnya dijadualkan pada 10 pagi hari ini.
- Semalam, Gilley dalam hantaran asal di platform X yang sudah dipadam, memuat naik gambar dirinya berucap di program lain dengan rostrum tertera jelas nama dan lambang UM.
- “Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat,” kata Gilley.
KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) membatalkan acara yang menampilkan Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland selepas tular tindakannya mengutuk pendirian Malaysia berkenaan negara haram Israel.
“Acara itu dibatalkan,” kata jurucakap dari UM dipetik Scoop ketika ditanya apakah forum itu masih diteruskan selepas hantaran Gilley di media sosial mendapat perhatian ramai.
Acara menampilkan Gilley sebagai penceramah utama bertajuk “Reassessing Republican China” dianjurkan Institute of China Studies (ICS) UM itu pada asalnya dijadualkan pada 10 pagi hari ini.
Semalam, Gilley dalam hantaran asal di platform X yang sudah dipadam, memuat naik gambar dirinya berucap di program lain dengan rostrum tertera jelas nama dan lambang UM.
“Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat,” kata Gilley dalam salah satu sesi ucapannya semalam.
Hantaran Gilley mendapat kecaman ramai dan bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut menggesa penjelasan dari UM dan Wisma Putra berkenaan program dijalankan.
Sy harap @UniversitiMalay & @MalaysiaMFA dapat jelaskan ttg program ini. @bernamadotcom @sinarharianSH @SinarOnline @501Awani @RTM_Malaysia @fmtoday @MalaysiaGazette @malaysiakini
— Saifuddin Abdullah 🇲🇾 (@saifuddinabd) April 24, 2024
Beliau turut mempersoalkan apakah Kementerian Pengajian Tinggi diberitahu berkenaan program yang diadakan itu.
The Merdeka Times dalam usaha menghubungi jabatan berkenaan di UM itu belum mendapat jawapan mengapa profesor yang dengan jelas menyokong Israel di media sosialnya itu dijemput setakat ini. – The Merdeka Times