Antarabangsa
Serangan korbankan tujuh pekerja bantuan, Israel digesa mohon maaf
Israel digesa untuk memohon maaf atas serangannya ke atas konvoi kemanusiaan yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan di Gaza pada Isnin.
- Israel digesa untuk memohon maaf atas serangannya ke atas konvoi kemanusiaan yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan di Gaza pada Isnin.
- Konvoi World Central Kitchen (WCK) mengangkut bantuan makanan dalam tiga kenderaan yang dikenal pasti dengan jelas dengan salah satunya memaparkan jelas logo pertubuhan kemanusiaan mereka di bumbung kenderaan ketika meninggalkan gudang di Deir al-Balah, lapor RT.
- WCK juga melakukan usaha penyelarasan pengagihan makanan dengan Pasukan Pendudukan Israel (IOF) yang mengetahui keberadaan konvoi dan laluan yang akan dilaluinya.
- Namun konvoi itu disasarkan serangan dron (kendalian manusia) yang melepaskan peluru berpandu ke arah setiap kenderaan secara bergilir-gilir, termasuk satu peluru berpandu menembus kenderaan dengan logo jelas WCK di bumbung kenderaan itu.
- Tujuh pekerja bantuan – tiga veteran British, seorang pekerja bantuan Palestin, AS-Kanada, Poland dan Australia – terbunuh hampir serta-merta menurut saksi mata.
Israel digesa untuk memohon maaf atas serangannya ke atas konvoi kemanusiaan yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan di Gaza pada Isnin.
Konvoi World Central Kitchen (WCK) mengangkut bantuan makanan dalam tiga kenderaan yang dikenal pasti dengan jelas dengan salah satunya memaparkan jelas logo pertubuhan kemanusiaan mereka di bumbung kenderaan ketika meninggalkan gudang di Deir al-Balah, lapor RT.
WCK juga melakukan usaha penyelarasan pengagihan makanan dengan Pasukan Pendudukan Israel (IOF) yang mengetahui keberadaan konvoi dan laluan yang akan dilaluinya.
Namun konvoi itu disasarkan serangan dron (kendalian manusia) yang melepaskan peluru berpandu ke arah setiap kenderaan secara bergilir-gilir, termasuk satu peluru berpandu menembus kenderaan dengan logo jelas WCK di bumbung kenderaan itu.
Tujuh pekerja bantuan – tiga veteran British, seorang pekerja bantuan Palestin, AS-Kanada, Poland dan Australia – terbunuh hampir serta-merta menurut saksi mata.
Ketua Turus Am IOF, Herzi Halevi menyatakan permohonan maaf atas ‘kesilapan besar,’ menyalahkan ‘salah pengenalpastian’ dan fakta ia berlaku pada waktu malam.
Dia menjanjikan ‘penyiasatan menyeluruh’ berkenaan serangan itu.
Bagaimanapun permohonan maaf itu mungkin tidak mencukupi, malah sekutu terbesar Israel kini menggelarkannya sebagai jenayah perang dan mempersoalkan naratif rasmi rejim. – The Merdeka Times