Terkini
Kedah anjur Pesta Songkran, YB PAS jawab ‘No komen’
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari enggan memberikan sebarang komen berhubung isu Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Perikatan Nasional menganjurkan Sambutan Pesta Songkran pada Sabtu lalu.
- Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari enggan memberikan sebarang komen berhubung isu Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Perikatan Nasional menganjurkan Sambutan Pesta Songkran pada Sabtu lalu.
- “No komen,” demikian jawapan ringkas Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini bagi mengulas berkenaan isu Pesta Songkran yang diadakan di Kedah baru-baru ini.
- The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Songkran perayaan tahun baru tradisional Siam yang turut disambut masyarakat terbabit di negeri Kedah akan diketengahkan sebagai produk pelancongan negeri.
- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan NGO Negeri Kedah, Wong Chia Zhen berkata penganjuran Program Pesta Songkran itu dapat memberi peluang kepada masyarakat Siam di Kedah untuk meraikan Perayaan Songkran, selain dapat menjadi tarikan kepada masyarakat atau kaum lain mengenali budaya masyarakat Siam di negeri berkenaan.
- Ironinya, pada Ogos 2023 Dewan Pemuda PAS Kampar dilaporkan membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom pada 26 dan 27 Ogos 2023.
- Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman berasa kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam susulan Pesta Songkran terdapat unsur-unsur adat keagamaan Buddha.
KUALA LUMPUR — Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari enggan memberikan sebarang komen berhubung isu Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Perikatan Nasional menganjurkan Sambutan Pesta Songkran pada Sabtu lalu.
“No komen,” demikian jawapan ringkas Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini bagi mengulas berkenaan isu Pesta Songkran yang diadakan di Kedah baru-baru ini.
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Songkran perayaan tahun baru tradisional Siam yang turut disambut masyarakat terbabit di negeri Kedah akan diketengahkan sebagai produk pelancongan negeri.
Pesta Songkran yang lebih dikenali sebagai Pesta Mandi Air di mana pihak terbabit akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan NGO Negeri Kedah, Wong Chia Zhen berkata penganjuran Sambutan Pesta Songkran pada tahun ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Wat Lamdin.
Katanya, penganjuran Program Pesta Songkran itu dapat memberi peluang kepada masyarakat Siam di Kedah untuk meraikan Perayaan Songkran, selain dapat menjadi tarikan kepada masyarakat atau kaum lain mengenali budaya masyarakat Siam di negeri berkenaan.
Ironinya, pada Ogos 2023 Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Kampar dilaporkan membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom pada 26 dan 27 Ogos 2023.
Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman berasa kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam susulan Pesta Songkran terdapat unsur-unsur adat keagamaan Buddha. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/