Connect with us

Antarabangsa

Kapal ‘patah balik’ keluar Gaza, 240 tan bantuan tidak dihantar

Beberapa kapal didapati ‘berpatah balik’ dan belayar keluar dari Gaza dengan kira-kira 240 tan bantuan yang tidak dihantar ke wilayah konflik itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Beberapa kapal didapati ‘berpatah balik’ dan belayar keluar dari Gaza dengan kira-kira 240 tan bantuan yang tidak dihantar ke wilayah konflik itu.
  • Ia berikutan serangan udara mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK) semalam, demikian menurut seorang pegawai Cyprus yang dipetik agensi berita PA.
  • “Kira-kira 100 tan bantuan dipunggah sebelum WCK menggantung operasinya di Gaza,” kata Jurucakap Kementerian Luar, Theodoros Gotsis dipetik MEE.

Beberapa kapal didapati ‘berpatah balik’ dan belayar keluar dari Gaza dengan kira-kira 240 tan bantuan yang tidak dihantar ke wilayah konflik itu.

Ia berikutan serangan udara mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK) semalam, demikian menurut seorang pegawai Cyprus yang dipetik agensi berita PA.

“Kira-kira 100 tan bantuan dipunggah sebelum WCK menggantung operasinya di Gaza,” kata Jurucakap Kementerian Luar, Theodoros Gotsis dipetik MEE.

Cyprus memainkan peranan penting dalam mewujudkan koridor maritim baharu menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Presiden Cyprus semalam berkata penghantaran bantuan akan diteruskan walaupun berlakunya serangan udara Israel semalam.

Terdahulu, rejim Israel dilaporkan membunuh tujuh petugas bantuan kemanusiaan WCK melibatkan seorang warga Palestin, Saifeddin Issam Ayad Abutaha dan enam lain yang merupakan warga asing, di tengah-tengah kemelut serangan berterusan rejim zionis ke atas Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending