Connect with us

Antarabangsa

Israel bunuh empat petugas bantuan warga asing di Gaza

Rejim Israel membunuh lima petugas bantuan kemanusiaan, termasuk empat warga asing, di Deir el-Balah, di tengah-tengah wilayah konflik Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pembunuhan pekerja bantuan melibatkan warga asing pemegang pasport Poland, Australia dan UK.
  • Rejim Israel membunuh lima petugas bantuan kemanusiaan, termasuk empat warga asing, di Deir el-Balah, di tengah-tengah wilayah konflik Gaza.
  • Pembunuhan pekerja bantuan melibatkan warga asing pemegang pasport Poland, Australia dan UK itu disahkan wartawan Al Jazeera, Hind Khoudary.
  • Seorang warga Palestin turut terbunuh dalam serangan yang berpunca dari serangan ke atas kereta dinaiki petugas-petugas bantuan itu.
  • Anggota kemanusiaan yang bekerja untuk World Central Kitchen itu dibawa ke Hospital al-Aqsa Gaza.
  • Mereka merupakan pekerja bantuan kemanusiaan warga asing pertama yang terbunuh di Gaza sejak bermulanya peperangan di wilayah Gaza.

Rejim Israel membunuh lima petugas bantuan kemanusiaan, termasuk empat warga asing, di Deir el-Balah, di tengah-tengah wilayah konflik Gaza.

Pembunuhan pekerja bantuan melibatkan warga asing pemegang pasport Poland, Australia dan UK itu disahkan wartawan Al Jazeera, Hind Khoudary.

Seorang warga Palestin turut terbunuh dalam serangan yang berpunca dari serangan ke atas kereta dinaiki petugas-petugas bantuan itu.

Anggota kemanusiaan yang bekerja untuk World Central Kitchen itu dibawa ke Hospital al-Aqsa Gaza.

Mereka merupakan pekerja bantuan kemanusiaan warga asing pertama terbunuh di Gaza sejak bermulanya peperangan di wilayah Gaza.

Adegan itu “sangat mengecewakan dan ngeri”, “Semua orang di hospital terpegun dan hairan, mereka tidak percaya tentera Israel menyasarkan warga antarabangsa,” kata Khoudary.

“Awal hari ini … saya bercakap dengan pekerja-pekerja bantuan ini, saya bertanyakan mereka soalan … dan saya lihat mereka dibunuh hari ini. Kami melihat kad pengenalan mereka, kami melihat pasport mereka.

Kumpulan itu dalam perjalanan pulang dari “menghantar bantuan konvoi yang tiba dari Cyprus awal hari ini,” kata Khoudary dipetik Al Jazeera. 

“Beginilah mereka dijadikan sasaran, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah tamu mereka di Rafah, di selatan wilayah Gaza,” kata wartawan itu..

Jurucakap dari pejabat media Gaza berkata tentera Israel membunuh pekerja bantuan di Deir el-Balah itu tanpa belas kasihan (in cold blood).

“Hari ini, mangsa pembunuhan beramai-ramai ini termasuk empat warga asing yang bekerja dengan sebuah organisasi di Gaza. 

“Sudah tiba masanya perang ini ditamatkan dengan segera,” kata jurucakap pejabat media Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending