Connect with us

Terkini

Ada syarikat bukan Muslim dikesan cetak yasin, kitab agama – PPPMM

Ada syarikat milik bukan Melayu Islam dikesan mencetak dan menjilid bahan bacaan agama Islam, sekaligus membangkitkan persoalan mengenai tahap pematuhan prosedur pengendalian, penyimpanan dan pelupusan sisanya ketika proses itu dilakukan, dakwa Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ada syarikat milik bukan Melayu Islam dikesan mencetak dan menjilid bahan bacaan agama Islam, sekaligus membangkitkan persoalan mengenai tahap pematuhan prosedur pengendalian, penyimpanan dan pelupusan sisanya ketika proses itu dilakukan, dakwa Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM).
  • Penasihat PPPMM, Muhammed Farhan Basheer mendakwa syarikat bukan ahli PPPMM itu mencetak bahan bacaan seperti yasin, risalah, kitab dan buku agama bagi pihak penerbit swasta selain menerusi tender jabatan dan agensi kerajaan.
  • Persatuan berpendapat percetakan itu lebih baik dilakukan syarikat pencetak Melayu Islam yang dijamin mematuhi prosedur percetakan kerana bahan bacaan agama lazimnya mengandungi kalimah suci Allah, ayat al-Quran dan hadis.
  • “Mengambil iktibar isu stoking dengan cetakan kalimah Allah ketika ini maka terbukti isu berkaitan agama sangat sensitif dan boleh mengancam keharmonian rakyat sekali gus senario ini menuntut ketegasan kerajaan untuk menyekat kejadian serupa berulang,” katanya dipetik MalaysiaGazette di sini hari ini.
  • Beliau berkata tindakan tegas juga perlu dikuatkuasakan terhadap individu, syarikat dan agensi yang menyerahkan pencetakan bahan mengenai agama Islam kepada pencetak bukan Islam, kerana ia mendedahkan risiko terhadap kesucian agama Islam.

KUALA LUMPUR – Ada syarikat milik bukan Melayu Islam dikesan mencetak dan menjilid bahan bacaan agama Islam, sekaligus membangkitkan persoalan mengenai tahap pematuhan prosedur pengendalian, penyimpanan dan pelupusan sisanya ketika proses itu dilakukan, dakwa Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM).

Penasihat PPPMM, Muhammed Farhan Basheer mendakwa syarikat bukan ahli PPPMM itu mencetak bahan bacaan seperti yasin, risalah, kitab dan buku agama bagi pihak penerbit swasta selain menerusi tender jabatan dan agensi kerajaan.

Sedangkan persatuan berpendapat, percetakan berkenaan lebih baik dilakukan syarikat pencetak Melayu Islam yang dijamin mematuhi prosedur percetakan kerana bahan bacaan agama lazimnya mengandungi kalimah suci Allah, ayat al-Quran dan hadis.

“Mengambil iktibar isu stoking dengan cetakan kalimah Allah ketika ini maka terbukti isu berkaitan agama sangat sensitif dan boleh mengancam keharmonian rakyat sekali gus senario ini menuntut ketegasan kerajaan untuk menyekat kejadian serupa berulang,” katanya dipetik MalaysiaGazette di sini hari ini.

Muhammed Farhan berkata sebagai langkah terbaik menjaga kesucian kalimah Allah, ayat al-Quran dan sensitiviti umat Islam sepanjang proses percetakan adalah menguatkuasakan prosedur atau peraturan khusus bahawa mana-mana percetakan bahan itu mesti dilakukan ahli PPPMM.

Beliau berkata tindakan tegas juga perlu dikuatkuasakan terhadap individu, syarikat dan agensi yang menyerahkan pencetakan bahan mengenai agama Islam kepada pencetak bukan Islam, kerana ia mendedahkan risiko terhadap kesucian agama Islam.

Katanya, ketegasan PPPMM di sini bukan soal kepentingan atau keuntungan perniagaan, tetapi untuk menjaga kesucian agama Islam. 

Dalam perkembangan berbeza, media melaporkan seorang pengurus syarikat percetakan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret pada 25 Mac lalu akibat membenarkan 2,540 naskah al-Quran dijilidkan kilang milik bukan Islam.

Mengikut pertuduhan, pengurus syarikat berkenaan didapati tidak mematuhi syarat lesen dikeluarkan Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu dengan membenarkan naskah kitab suci itu dijilidkan kilang bukan Islam. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending