Terkini
Sekolah vernakular akan diteruskan – Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kerajaan mengambil pendirian untuk terus mengekalkan sekolah vernakular yang diiktiraf di bawah Akta Pendidikan.

- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kerajaan mengambil pendirian untuk terus mengekalkan sekolah vernakular yang diiktiraf di bawah Akta Pendidikan.
- “Kita mendengar pandangan tersebut tetapi untuk hari ini, pendirian kita adalah untuk berdiri tegak dan juga memperkukuhkan Akta Pendidikan.
- “Sekolah vernakular juga diiktiraf oleh Akta Pendidikan dan kita akan teruskan,” katanya dipetik Malaysiakini di sebuah sekolah di Puchong hari ini.
- Difahamkan, beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong bahawa penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kerajaan mengambil pendirian untuk terus mengekalkan sekolah vernakular yang diiktiraf di bawah Akta Pendidikan.
Fadhlina berkata dia mengambil maklum ramai pihak memberi pendapat mengenai isu sekolah berkenaan.
“Kita mendengar pandangan tersebut tetapi untuk hari ini, pendirian kita adalah untuk berdiri tegak dan juga memperkukuhkan Akta Pendidikan.
“Sekolah vernakular juga diiktiraf oleh Akta Pendidikan dan kita akan teruskan,” katanya dipetik Malaysiakini di sebuah sekolah di Puchong hari ini.
Difahamkan, beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong bahawa penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.
Kok Seong juga tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dilaporkan pada Sabtu menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang kini merangkumi lebih 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan.
Dr Akmal berkata penilaian itu perlu dilakukan dalam aspek keselarasan silibus, penerapan nilai-nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. — The Merdeka Times
