Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu mahu “pelabuhan baharu” Gaza diguna untuk pindah keluar warga Palestin

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencadang “pelabuhan baharu” yang akan dibina Amerika Syarikat (AS) di pantai Gaza digunakan untuk memindah keluar penduduk Palestin dari kawasan itu, lapor media KAN Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencadang “pelabuhan baharu” yang akan dibina Amerika Syarikat (AS) di pantai Gaza digunakan untuk memindah keluar penduduk Palestin dari kawasan itu, lapor media KAN Israel.
  • Cadangan itu dibentang Netanyahu pada mesyuarat khas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Knesset.
  • “Tiada halangan untuk rakyat Palestin meninggalkan Semenanjung Gaza, kecuali keengganan negara lain untuk menerima mereka,” kata Netanyahu.
  • MEMO melaporkan AS merancang untuk membina jeti terapung sementara di pantai Gaza bagi membolehkan kemasukan bantuan dengan lebih mudah. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencadang “pelabuhan baharu” yang akan dibina Amerika Syarikat (AS) di pantai Gaza digunakan untuk memindah keluar penduduk Palestin dari kawasan itu, lapor media KAN Israel.

Cadangan itu dibentang Netanyahu pada mesyuarat khas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Knesset.

“Pelabuhan itu boleh memudahkan pengeluaran rakyat Palestin dari Gaza,” kata Netanyahu.

“Tiada halangan untuk rakyat Palestin meninggalkan Semenanjung Gaza, kecuali keengganan negara lain untuk menerima mereka,” kata perdana menteri itu.

MEMO melaporkan AS merancang untuk membina jeti terapung sementara di pantai Gaza bagi membolehkan kemasukan bantuan dengan lebih mudah. 

Presiden AS, Joe Biden dilaporkan berkata jeti itu akan membolehkan “peningkatan besar-besaran jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza setiap hari”.

Cadangan Netanyahu untuk memindah keluar penduduk Palestin disambut dengan kemarahan warga Palestin.

“Netanyahu mendedahkan hasratnya terhadap pelabuhan Amerika di Gaza dalam pembentangannya di jawatankuasa keselamatan Knesset Israel mengatakan bahawa pelabuhan itu boleh digunakan untuk memindah keluar rakyat Palestin dari Gaza. 

“Dia tidak pernah melepaskan impian pembersihan etnik sepenuhnya rakyat Palestin di Gaza,” kata Setiausaha Agung Inisiatif Nasional Palestin (PNI), Mustafa Barghouti di platform X. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending