Connect with us

Terkini

KLSCAH gesa KDN, Polis gugurkan serta merta siasatan ke atas KK Mart

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis untuk menggugurkan serta merta siasatan ke atas kedai serbaneka KK Mart susulan isu stoking bercetak kalimah Allah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis untuk menggugurkan serta merta siasatan ke atas kedai serbaneka KK Mart susulan isu stoking bercetak kalimah Allah.
  • KLSCAH dalam kenyataannya semalam berkata pembukaan kertas siasatan adalah tindak balas keterlaluan kerana pemilik rangkaian pasar raya itu telah memohon maaf secara terbuka melalui notis dan menyerahkan surat permohonan maaf kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyatakan kecuaian komersialnya yang tidak disengajakan.
  • “KLSCAH berharap KDN dan pihak polis berbudi bicara. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di bawah Jabatan Perdana Menteri kini sedang membuat siasatan susulan dan komited untuk menjadi pengantara pertikaian, memastikan rangkaian pasar raya KK mewujudkan mekanisme semakan yang ketat dan tidak akan melakukan kesilapan sama. 
  • “Adalah tidak perlu bagi pihak polis untuk membuka kertas siasatan bawah dua seksyen (Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) itu,” kata KLSCAH dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di laman sesawang rasminya, semalam.
  • KLSCAH berkata mempertahankan nilai-nilai kepelbagaian dan keterangkuman adalah paksi utama konsep “Malaysia Madani” dianjurkan Kerajaan Perpaduan. 
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah sebelum ini berkata polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung insiden kedai serbaneka KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah. 

KUALA LUMPUR – Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis untuk menggugurkan serta merta siasatan ke atas kedai serbaneka KK Mart susulan isu stoking bercetak kalimah Allah.

KLSCAH dalam kenyataannya semalam berkata pembukaan kertas siasatan adalah tindak balas keterlaluan kerana pemilik rangkaian pasar raya itu telah memohon maaf secara terbuka melalui notis dan menyerahkan surat permohonan maaf kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyatakan kecuaian komersialnya yang tidak disengajakan.

“KLSCAH berharap KDN dan pihak polis berbudi bicara. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di bawah Jabatan Perdana Menteri kini sedang membuat siasatan susulan dan komited untuk menjadi pengantara pertikaian, memastikan rangkaian pasar raya KK mewujudkan mekanisme semakan yang ketat dan tidak akan melakukan kesilapan sama. 

“Adalah tidak perlu bagi pihak polis untuk membuka kertas siasatan bawah dua seksyen (Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) itu,” kata KLSCAH dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di laman sesawang rasminya, semalam.

KLSCAH berkata pihaknya bimbang penguatkuasaan yang berlebihan akan menyebabkan isu itu hilang fokus akibat perbezaan pendapat dalam kalangan masyarakat. 

KLSCAH berkata trend boikot bukan sahaja akan menguatkan tentangan sosial tetapi juga mewujudkan ‘chilling effect’ dalam perniagaan, mewujudkan suasana perniagaan tegang dan menjejaskan keseluruhan persekitaran perniagaan, sekali gus menjejaskan pembangunan ekonomi negara.

KLSCAH mengingatkan mempertahankan nilai-nilai kepelbagaian dan keterangkuman adalah paksi utama konsep “Malaysia Madani” dianjurkan Kerajaan Perpaduan. 

“Kerajaan seharusnya menjalinkan hubungan saling percaya dan persefahaman antara kaum di bawah konsep ‘Malaysia Madani’ serta menggalakkan toleransi dan budaya antara kaum melalui dialog yang membina, seterusnya menghilangkan kebimbangan masyarakat akibat isu-isu sensitif dalam kalangan rakyat,” kata KLSCAH. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah sebelum ini berkata polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung insiden kedai serbaneka KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *