Antarabangsa
Kereta kebal Israel “sengaja” melanggar hidup-hidup penduduk Gaza – Euro-Med Monitor
Kereta kebal Israel “sengaja” melanggar rakyat Palestin hidup-hidup pada Ahad, kata Euro-Med Human Rights Monitor (Euro-Med Monitor).

- Kereta kebal Israel “sengaja” melanggar rakyat Palestin hidup-hidup pada Ahad, kata Euro-Med Human Rights Monitor (Euro-Med Monitor).
- Organisasi berpangkalan di Geneva dalam kenyataannya semalam menyifatkan jenayah itu sebagai “sebahagian tindakan genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza”, lapor agensi berita Anadolu.
- Euro-Med melaporkan beberapa kes kereta kebal Israel melanggar orang awam Palestin hidup-hidup, termasuk seorang lelaki pada 29 Februari, sebuah keluarga (23 Januari), orang yang dipindahkan (Disember 2023) dan satu lagi keluarga (20 Februari).
- “Euro-Med Monitor mengesahkan bahawa semua pelanggaran ini adalah sebahagian daripada usaha Israel yang lebih besar untuk memburuk-burukkan setiap warga Palestin di Gaza, untuk mewajarkan dan menormalkan jenayah yang dilakukan terhadap mereka,” kata kenyataan itu.
Kereta kebal Israel “sengaja” melanggar rakyat Palestin hidup-hidup pada Ahad, kata Euro-Med Human Rights Monitor (Euro-Med Monitor).
Organisasi berpangkalan di Geneva dalam kenyataannya semalam menyifatkan jenayah itu sebagai “sebahagian tindakan genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza”, lapor agensi berita Anadolu.
Euro-Med melaporkan beberapa kes kereta kebal Israel melanggar orang awam Palestin hidup-hidup, termasuk seorang lelaki pada 29 Februari, sebuah keluarga (23 Januari), orang yang dipindahkan (Disember 2023) dan satu lagi keluarga (20 Februari).
“Euro-Med Monitor mengesahkan bahawa semua pelanggaran ini adalah sebahagian daripada usaha Israel yang lebih besar untuk memburuk-burukkan setiap warga Palestin di Gaza, untuk mewajarkan dan menormalkan jenayah yang dilakukan terhadap mereka,” kata kenyataan itu.
Organisasi itu mengulangi gesaannya supaya masyarakat antarabangsa menjalankan tanggungjawab mereka untuk menghentikan tindakan genosid Israel yang masuk lima bulan sekarang.
Ia juga menyeru penubuhan “jawatankuasa penyiasatan antarabangsa bebas yang mengkhususkan diri dalam serangan ketenteraan berterusan Israel di Gaza”. – The Merdeka Times
