Connect with us

Terkini

Wisma Putra digesa bersihkan nama NGO Islam disenarai pengganas – DUPP

Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menggesa Wisma Putra bertindak membersihkan nama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai pengganas.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya.
  • Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya berkata perkara itu sangat penting kerana kumpulan NGO itu sentiasa konsisten membantu rakyat Palestin, bahkan ia juga sangat perlu bagi mempertahankan imej Malaysia daripada tohmahan terlibat aktiviti keganasan.
  • Beliau juga menegaskan tindakan FBI itu adalah tidak wajar dan jauh daripada realiti yang berlaku di lapangan.
  • “Walaupun memahami tiada kompromi dalam aspek keselamatan negara, namun kita juga harus berhati-hati dengan sebarang dakwaan dibuat organisasi antarabangsa khususnya berkait kategori pengganas.
  • “Apakah kewajaran kumpulan yang mempertahankan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang diseksa selama tujuh dekad ini dianggap sebagai pengganas?,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

KUALA LUMPUR — Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menggesa Wisma Putra bertindak membersihkan nama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai pengganas.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata perkara itu sangat penting kerana kumpulan NGO itu sentiasa konsisten membantu rakyat Palestin, bahkan ia juga sangat perlu bagi mempertahankan imej Malaysia daripada tohmahan terlibat aktiviti keganasan.

Beliau juga menegaskan tindakan FBI itu adalah tidak wajar dan jauh daripada realiti yang berlaku di lapangan.

“Walaupun memahami tiada kompromi dalam aspek keselamatan negara, namun kita juga harus berhati-hati dengan sebarang dakwaan dibuat organisasi antarabangsa khususnya berkait kategori pengganas.

“Kalau diikutkan klasifikasi pengganas, pertubuhan HAMAS sendiri turut diletakkan sebagai organisasi pengganas antarabangsa (FTOs) oleh Kerajaan Amerika Syarikat. 

“Apakah kewajaran kumpulan yang mempertahankan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang diseksa selama tujuh dekad ini dianggap sebagai pengganas?,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, tular surat dikeluarkan Kementerian Luar kepada Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan, Jismi Azhari Johari menyatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, bekas Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul dan Awang Suffian Awang Piut dari Aman Palestin, masing-masing daripada tiga NGO Islam di negara ini, disenaraikan dalam Terrorist Screening Centre (TSC) FBI.

Kementerian Luar menerusi surat itu juga meminta Sekretariat Induk Ops Ihsan mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu itu tidak lagi terbabit dengan misi mengurus penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada minggu lalu bagaimanapun dilapor berkata, berdasarkan semakan dilakukan pihaknya mendapati kesemua NGO terlibat dalam Ops Ihsan tiada yang terlibat isu keganasan, iaitu ia bermaksud ‘clean’. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending