Connect with us

Terkini

Tiga pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI tidak terlibat keganasan – Saifuddin

Tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas atau Terrorist Screening Center (TSC) tidak terlibat dalam sebarang isu keganasan berdasarkan semakan rekod keselamatan polis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semakan secara teliti telah dilakukan sebelum kumpulan NGO itu memulakan operasi mereka dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza.
  • “Berdasarkan semakan kita, kesemua NGO terlibat dalam Ops Ihsan ini, rekod keselamatan kita iaitu rekod polis, tidak ada yang terlibat dengan isu-isu keganasan, maknanya ‘clean’.
  • “Penegasan ini penting bahawa kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita ada undang-undang dan ada agensi yang bertanggungjawab soal keselamatan serta mempunyai rekod yang kompeten dalam membuat tapisan,” katanya dilaporkan media tempatan hari ini.
  • Saifuddin dilaporkan sebagai berkata tindakan FBI itu ada kaitan dengan Rang Undang-undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas oleh Amerika Syarikat (AS).

KUALA LUMPUR — Tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas atau Terrorist Screening Center (TSC) tidak terlibat dalam sebarang isu keganasan berdasarkan semakan rekod keselamatan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semakan secara teliti telah dilakukan sebelum kumpulan NGO itu memulakan operasi mereka dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza.

Saifuddin berkata kira-kira 359 individu dan 53 NGO terlibat dalam operasi itu.

“Sebelum operasi itu kita mulakan, tentunya kita membuat semakan supaya tiada masalah apabila mereka menjalankan operasi di sana (Gaza).

“Berdasarkan semakan kita, kesemua NGO terlibat dalam Ops Ihsan ini, rekod keselamatan kita iaitu rekod polis, tidak ada yang terlibat dengan isu-isu keganasan, maknanya ‘clean’.

“Penegasan ini penting bahawa kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita ada undang-undang dan ada agensi yang bertanggungjawab soal keselamatan serta mempunyai rekod yang kompeten dalam membuat tapisan,” katanya dilaporkan media tempatan hari ini.

Sebelum ini, tular satu surat dikeluarkan Kementerian Luar kepada Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan, Jismi Azhari Johari bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, bekas Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul dan Awang Suffian Awang Piut dari Aman Palestin, masing-masing daripada tiga NGO Islam di negara ini disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Menerusi surat berkenaan juga, Kementerian Luar meminta Sekretariat Induk Ops Ihsan mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu itu tidak lagi terbabit dengan misi mengurus penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Dalam pada itu, Saifuddin dilaporkan sebagai berkata tindakan FBI itu ada kaitan dengan Rang Undang-undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas oleh Amerika Syarikat (AS).

“Latar belakangnya AS dalam proses mengadakan RUU Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk AS dalam mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin. — The Merdeka Times

Author