Connect with us

Antarabangsa

Trak bekalan bantuan Gaza terus dihalang penunjuk perasaan Israel

Penunjuk perasaan pendatang Israel terus bertindak menghentikan trak bantuan daripada memasuki wilayah Gaza yang dikepung.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.

Penunjuk perasaan pendatang Israel terus bertindak menghentikan trak bantuan daripada memasuki wilayah Gaza yang dikepung.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Perkara itu terjadi ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan ratusan ribu rakyat Palestin menghadapi risiko kebuluran teruk.

MEE melaporkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, warga negara haram Israel dari pelbagai spektrum politik berkumpul di pintu sempadan Karem Abu Salem atau Kerem Shalom untuk menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Semalam, puluhan aktivis, kebanyakannya dari golongan muda, menyekat trak bantuan dengan berbaring di jalanan. 

Ada yang bertindak memasang khemah di kawasan sekitar supaya boleh menghentikan pergerakan bahan bantuan untuk jangka masa panjang.

Lintasan Karem Abu Salem yang terletak di sempadan Mesir digunakan tentera zionis untuk memeriksa trak-trak bantuan sebelum ia memasuki wilayah Gaza.

Selasa lalu, penunjuk perasaan menyekat kira-kira 130 trak bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza.

Di tengah-tengah sekatan ketat rejim zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza, termasuk pemotongan bekalan air, makanan dan elektrik. 

Aktivis penunjuk perasaan di sempadan merasakan kerajaan zionis Israel telah bersikap terlalu bermurah hati.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Januari menyampaikan keputusan interim menyeru Israel berhenti daripada menghalang penghantaran bantuan ke Gaza dan perbaiki keadaan kemanusiaan di sana. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending