Connect with us

Antarabangsa

Trak bantuan Malaysia masuk ke Gaza beberapa jam selepas panggilan Anwar-Sisi

Trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dari Malaysia masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah beberapa jam selepas panggilan telefon diterima Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi daripada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, demikian lapor laman berita Arab Post.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi (kanan).
  • Trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dari Malaysia masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah beberapa jam selepas panggilan telefon diterima Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi daripada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, demikian lapor laman berita Arab Post.
  • Sebuah video menunjukkan beberapa trak tertera logo Ops Ihsan Malaysia, disahkan juruvideo berjaya memasuki lintasan Rafah.
  • Terdahulu, Jurucakap Presiden Mesir, Ahmed Fahmy berkata Sisi memuji, menerusi panggilannya dengan Anwar, kesungguhan Malaysia menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza.
  • Fahmy berkata kedua-dua pemimpin itu menekankan bahaya tercetusnya tindakan ketenteraan tambahan di wilayah itu, merujuk kepada hasrat tentera Israel menyerbu bandar Rafah, lokasi lebih dua juta rakyat Palestin mendapatkan perlindungan.

Trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dari Malaysia masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah beberapa jam selepas panggilan telefon diterima Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi daripada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, demikian lapor laman berita Arab Post.

Sebuah video menunjukkan beberapa trak tertera logo Ops Ihsan Malaysia disahkan juruvideo berjaya memasuki lintasan Rafah.

Terdahulu, Jurucakap Presiden Mesir, Ahmed Fahmy berkata Sisi memuji, menerusi panggilannya dengan Anwar, kesungguhan Malaysia menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza.

Fahmy berkata kedua-dua pemimpin itu menekankan bahaya tercetusnya tindakan ketenteraan tambahan di wilayah itu, merujuk kepada hasrat tentera Israel menyerbu bandar Rafah, lokasi lebih dua juta rakyat Palestin mendapatkan perlindungan.

Dalam panggilan itu, mereka menekankan kepentingan masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab undang-undang, kemanusiaan dan politik untuk secara serius mendesak gencatan senjata serta-merta dan diaktifkan penyelesaian dua negara.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michael Fakhri sebelum ini dilaporkan berkata Israel berusaha menghukum rakyat Palestin secara kolektif dengan kelaparan dan memberi amaran tahap kelaparan disaksikan di Gaza “belum pernah terjadi” iaitu pada tahap menyerupai tindakan “pembunuhan beramai-ramai”.

Pelapor khas PBB itu berkata beliau tidak dapat menggambarkan kesukaran keadaan tidak berperikemanusiaan dilalui penduduk Gaza ketika ini.

Sejak 7 Oktober tahun lalu, rejim Israel melancarkan serangan dahsyat di Gaza yang mengorbankan puluhan ribu mangsa, kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending