Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Protes genosid Israel di Gaza, Tentera AS bakar diri hingga mati

Seorang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) membakar dirinya di luar Kedutaan Israel di Washington, DC, pada Ahad sebagai protes terhadap kempen genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Seorang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat, Aaron Bushnell.
  • Seorang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) membakar dirinya di luar Kedutaan Israel di Washington, DC, pada Ahad sebagai protes terhadap kempen genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel di Gaza.
  • “Saya tidak akan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai,” kata lelaki itu yang dikenali dengan nama Aaron Bushnell dalam strim langsung di platform Twitch dipetik The Cradle.
  • “Saya akan melibatkan diri dalam tindakan protes yang ekstrem,” kata Bushnell sebelum bertindak menyalakan api ke atas dirinya sendiri.
  • “Bebaskan Palestin!” jerit Bushnell sehingga akhirnya dia jatuh ke tanah.
  • Pegawai perkhidmatan rahsia AS dilapor memadamkan kebakaran di luar kedutaan itu dan Bushnell dikejarkan ke hospital dengan “kecederaan kritikal mengancam nyawa” di mana dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.
  • Hampir setiap hari protes diadakan di bandar-bandar utama AS sejak beberapa bulan lalu apabila semakin ramai warga barat menuntut gencatan senjata segera ke atas Gaza.

Seorang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) membakar dirinya di luar Kedutaan Israel di Washington, DC, pada Ahad sebagai protes terhadap kempen genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel di Gaza.

“Saya tidak akan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai,” kata lelaki itu yang dikenali dengan nama Aaron Bushnell dalam strim langsung di platform Twitch dipetik The Cradle.

“Saya akan melibatkan diri dalam tindakan protes yang ekstrem,” kata Bushnell sebelum bertindak menyalakan api ke atas dirinya sendiri.

“Bebaskan Palestin!” jerit Bushnell sehingga akhirnya dia jatuh ke tanah.

Pegawai perkhidmatan rahsia AS dilapor memadamkan kebakaran di luar kedutaan itu dan Bushnell dikejarkan ke hospital dengan “kecederaan kritikal mengancam nyawa” di mana dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Tentera Udara AS mengesahkan kejadian melibatkan juruterbang yang aktif bertugas itu.

Hampir setiap hari protes diadakan di bandar-bandar utama AS sejak beberapa bulan lalu apabila semakin ramai warga barat menuntut gencatan senjata segera ke atas Gaza.

“Pentadbiran Biden bertanggungjawab penuh atas kematian Aaron Bushnell atas dasar mereka menyokong entiti zionis dalam peperangan penghapusan rakyat Palestin,” demikian kata Hamas dalam kenyataan yang dipetik Al Jazeera.

Kumpulan pembebasan Palestin itu berkata nama Bushnell akan kekal dalam ingatan rakyat Palestin dan semua manusia yang bebas di dunia.

Hamas berkata tindakan protes Bushnell mencerminkan kemarahan warga AS yang semakin meningkat terhadap pentadbiran Presiden AS, Joe Biden atas sokongannya terhadap perang ke atas Gaza.

Sekurang-kurangnya 30,000 dibunuh tentera rejim Israel di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin itu dimudahkan dengan sokongan ketenteraan dan politik dari Rumah Putih.

Pertubuhan antarabangsa memberi amaran bahawa kebuluran dan penyakit akan menyebabkan peningkatan angka kematian apabila penunjuk perasaan Israel terus menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke dalam kawasan wilayah terkepung itu. – The Merdeka Times

 

Author