Connect with us

Antarabangsa

Perang Gaza: Syarat perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas didedahkan

Sumber dimaklumkan mendedahkan kepada Al-Jazeera bahawa Israel bersetuju dengan syarat rangka kerja awal bagi gencatan senjata di wilayah Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Sumber dimaklumkan mendedahkan kepada Al-Jazeera bahawa Israel bersetuju dengan syarat rangka kerja awal bagi gencatan senjata di wilayah Gaza.
  • Palestine Chronicle melaporkan gencatan senjata itu termasuk pertukaran tahanan dengan kumpulan pembebasan Palestin berdasarkan perbincangan diadakan di Paris.
  • Sumber turut mengatakan Israel bersetuju dengan apa disifatkan sebagai ‘kepulangan beransur-ansur’ warga utara wilayah Gaza yang diusir, kecuali mereka yang berada dalam lingkungan ‘umur ketenteraan’.

Sumber dimaklumkan mendedahkan kepada Al-Jazeera bahawa Israel bersetuju dengan syarat rangka kerja awal bagi gencatan senjata di wilayah Gaza.

Palestine Chronicle melaporkan gencatan senjata itu termasuk pertukaran tahanan dengan kumpulan pembebasan Palestin berdasarkan perbincangan diadakan di Paris.

Sumber turut mengatakan Israel bersetuju dengan apa disifatkan sebagai ‘kepulangan beransur-ansur’ warga utara wilayah Gaza yang diusir, kecuali mereka yang berada dalam lingkungan ‘umur ketenteraan’.

Sumber itu berkata Tel Aviv menerima permintaan gerakan pembebasan Palestin iaitu Hamas seperti berikut:

  • meningkatkan kemasukan bantuan
  • membenarkan kemasukan khemah sementara ke Gaza
  • membenarkan kemasukan peralatan dan jentera berat
  • menempatkan tentera Israel di luar kawasan sesak
  • menghentikan tinjauan udara selama 8 jam sehari

Sumber berkata rejim Israel juga bersetuju membebaskan 400 tahanan Palestin, termasuk beberapa tahanan politik berpangkat tinggi, sebagai pertukaran pembebasan 40 banduan, wanita dan warga emas Israel.

Selain itu, Israel bersetuju membebaskan tahanan ditawannya selepas pembebasan awal mereka berikutan perjanjian Gilad Shalit 2011.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Galant pada awal hari ini berkata kepulangan sepenuhnya orang awam yang diusir dari utara Gaza akan berlaku hanya setelah dikembalikan semua tahanan Israel yang ditawan Hamas.

Perkembangan itu berikutan keputusan Majlis Perang Israel menghantar delegasi ke Paris dengan kuasa untuk menyambung rundingan perjanjian pertukaran tahanan.

Tel Aviv menganggarkan jumlah tahanan ditahan kumpulan pembebasan Palestin di Gaza adalah sekitar 134 warga Israel, termasuk tentera.

Manakala rejim pendudukan Israel menahan sekurang-kurangnya 8,800 warga Palestin di penjaranya, menurut sumber rasmi Palestin dan Israel.

Pengantara Mesir dan Qatar sebelum ini berjaya mencapai gencatan senjata kemanusiaan sementara pada 24 November lalu, di mana 240 tahanan warga Palestin dibebaskan dari penjara pendudukan rejim.

Ia sebelum ini dilakukan sebagai pertukaran pembebasan lebih 100 tawanan kumpulan pembebasan Palestin, termasuk sekitar 80 warga Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending