Terkini
Nik Elin dan anak ‘busybody’, tiada locus standi – Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang menjadi satu-satunya hakim menentang petisyen difailkan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman menyifatkan dua beranak itu sebagai ‘busybody’ berikutan tindakan mereka mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
- Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang menjadi satu-satunya hakim menentang petisyen difailkan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman menyifatkan dua beranak itu sebagai ‘busybody’ berikutan tindakan mereka mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
- “Mereka ‘busybody’ namun tidak menunjukkan senarai peruntukan jenayah syariah Kelantan yang telah melanggar hak berperlembagaan.
- “Tiada satu pun alasan yang dikemukakan dalam petisyen itu menunjukkan wujud kontroversi sebenar antara mereka dan Kerajaan Kelantan atau bagaimana mereka terjejas dengan peruntukan itu,” katanya.
PUTRAJAYA – Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang menjadi satu-satunya hakim menentang petisyen difailkan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman menyifatkan dua beranak itu sebagai ‘busybody’ berikutan tindakan mereka mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
“Mereka ‘busybody’ namun tidak menunjukkan senarai peruntukan jenayah syariah Kelantan yang telah melanggar hak berperlembagaan.
“Tiada satu pun alasan yang dikemukakan dalam petisyen itu menunjukkan wujud kontroversi sebenar antara mereka dan Kerajaan Kelantan atau bagaimana mereka terjejas dengan peruntukan itu,” katanya.
Beliau yang juga hakim Mahkamah Persekutuan secara sinis menyifatkan dua beranak itu tiada hak di sisi undang-undang (locus standi) ketika memfailkan petisyen tersebut.
Ketika membaca keputusan penghakimannya hari ini, Abdul Rahman berkata, hak berperlembagaan Nik Elin dan anaknya tidak terjejas kerana penguatkuasaan enakmen berkenaan di Kelantan manakala mereka tidak pernah didakwa atas mana-mana peruntukan berkenaan.
Abdul Rahman berkata, isu locus standi sepatutnya diperjelas terlebih dahulu kerana tidak wajar bagi panel itu melaksanakan bidang kuasa asalnya (inherent jurisdiction) mendengar petisyen itu walhal mereka tiada hak di sisi undang-undang.
Pempetisyen gagal menyatakan alasan atau menunjukkan kesan mereka terjejas berikutan peruntukan itu.
Faktor kebimbangan sahaja tidak memadai untuk mengemukakan cabaran ini di mahkamah.
Abdul Rahman juga berkata, adalah penting bagi badan kehakiman memastikan hanya pempetisyen yang mempunyai locus standi dibenarkan meneruskan cabaran mereka.
“Kita semua memiliki rasa takut dalam hidup, tetapi jika membabitkan cabaran kepada undang-undang negeri, ia perlu menyatakan asas pencabulan yang berlaku terhadap hak individu,” katanya.-The Merdeka Times