Connect with us

Antarabangsa

Lebih 207,000 dijangkiti sifilis di AS – CDC

Penularan wabak sifilis berleluasa di Amerika Syarikat (AS) kini pada tahap catatan kes tertinggi sejak 1950-an, demikian menurut data rasmi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penularan wabak sifilis berleluasa di Amerika Syarikat (AS) kini pada tahap catatan kes tertinggi sejak 1950-an, demikian menurut data rasmi.
  • Laporan tahunan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan 207,300 kes dicatatkan pada 2022 berkaitan kes penyakit hubungan kelamin (STD) itu.
  • STD yang boleh menyebabkan kudis pada alat kelamin dan mulut didiagnosis di seluruh AS dengan tahun laporan terkini pada 2022.
  • Jumlah kes dan tahun terlibat menandakan kenaikan 17 peratus dalam setahun dan lonjakan 83 peratus berbanding lima tahun lalu.
  • Data menunjukkan peningkatan 30 peratus dalam kes sifilis kongenital, situasi di mana ibu mewariskan penyakit itu kepada bayinya.

Penularan wabak sifilis berleluasa di Amerika Syarikat (AS) kini pada tahap catatan kes tertinggi sejak 1950-an, demikian menurut data rasmi.

Laporan tahunan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan 207,300 kes dicatatkan pada 2022 berkaitan kes penyakit hubungan kelamin (STD) itu.

STD yang boleh menyebabkan kudis pada alat kelamin dan mulut didiagnosis di seluruh AS dengan tahun laporan terkini pada 2022.

Jumlah kes dan tahun terlibat menandakan kenaikan 17 peratus dalam setahun dan lonjakan 83 peratus berbanding lima tahun lalu.

Data juga menunjukkan peningkatan 30 peratus dalam kes sifilis kongenital, situasi di mana ibu mewariskan penyakit itu kepada bayinya.

Perkara itu menjadi punca kebimbangan kerana ia mendedahkan kepada risiko kematian dalam kandungan dan cacat kelahiran.

Secara keseluruhan, data menunjukkan 2.5 juta rakyat Amerika mendapat STD pada 2022, tahap sama seperti tahun lepas. 

Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS, Xavier Becerra melabelkan angka itu sesuatu yang “tidak boleh diterima”.

“Pentadbiran Biden-Harris komited menangani isu mendesak ini dan menggunakan semua cara yang ada untuk menghapuskan jurang dalam sistem penjagaan kesihatan kita,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *