Antarabangsa
Kes Islamofobia meningkat di Brazil, wanita Muslim digelar ‘anak perempuan Hamas’
Brazil seperti kebanyakan negara lain turut bergelut dengan peningkatan kes Islamofobia, demikian menurut tinjauan Konteks Islam dan Arab dijalankan Kumpulan Antropologi organisasi yang bergabung dengan Universiti São Paulo.
- Brazil seperti kebanyakan negara lain turut bergelut dengan peningkatan kes Islamofobia, demikian menurut tinjauan Konteks Islam dan Arab dijalankan Kumpulan Antropologi organisasi yang bergabung dengan Universiti São Paulo.
- Rakyat Muslim Brazil berdepan peningkatan insiden gangguan itu sejak 7 Oktober tahun lalu, di mana sekitar 70 peratus responden melaporkan mereka berdepan sikap tidak bertoleransi dalam beragama.
- “Ramai wanita Islam memberitahu kami, mereka kini dipanggil ‘anak perempuan Hamas’ atau ‘pengganas Hamas’,” kata seorang mangsa dipetik S2J News pada Selasa lalu.
- “Kira-kira 60 peratus daripada responden mengesahkan mereka mengalami beberapa jenis gangguan, sama ada di media sosial atau dalam kehidupan seharian di tempat kerja, rumah atau di tempat awam,” kata seorang Muslim Brazil, Barbosa.
Brazil seperti kebanyakan negara lain turut bergelut dengan peningkatan kes Islamofobia, demikian menurut tinjauan Konteks Islam dan Arab dijalankan Kumpulan Antropologi organisasi yang bergabung dengan Universiti São Paulo.
Rakyat Muslim Brazil berdepan peningkatan insiden gangguan itu sejak 7 Oktober tahun lalu, di mana sekitar 70 peratus responden melaporkan mereka berdepan sikap tidak bertoleransi dalam beragama.
“Ramai wanita Islam memberitahu kami, mereka kini dipanggil ‘anak perempuan Hamas’ atau ‘pengganas Hamas’,” kata seorang mangsa dipetik S2J News pada Selasa lalu.
Tinjauan dalam talian mendedahkan sebilangan besar responden mengalami sikap tidak bertoleransi dalam beragama, khususnya kelompok wanita.
“Kira-kira 60 peratus daripada responden mengesahkan mereka mengalami beberapa jenis gangguan, sama ada di media sosial atau dalam kehidupan seharian di tempat kerja, rumah atau di tempat awam,” kata seorang Muslim Brazil, Barbosa.
Bulan lalu tersebar di media sosial satu video menunjukkan seorang penduduk Mogi das Cruzes, terletak di pinggir bandar São Paulo, secara agresif mendekati wanita Islam dan cuba menanggalkan tudungnya.
Salah seorang wanita terbabit, Karen Gimenez Oubidi juga dikenali sebagai Khadija, menjelaskan pertelingkahan itu berpunca daripada perselisihan faham antara anak-anaknya dan seorang jirannya.
“Dia turun bersama abangnya dan sangat agresif. Dia memanggil saya ‘jalang berbalut kain’. Saya tidak lama kemudian menyedari ia bukan tentang pergaduhan kanak-kanak semata-mata.
“Dia (abang jiran) berkata beberapa kali kepada saya, ‘Apa yang kamu lakukan sekarang, pengganas?’ Dia tidak mengatakannya dengan kuat: Ia hanya untuk saya dengar. Dia tahu apa yang dia lakukan,” kata Gimenez Oubidi. — The Merdeka Times