Antarabangsa
Gencatan senjata di Gaza masih buntu, Netanyahu terus dolak-dalik
Gencatan senjata tidak akan berlaku selagi mana zionis Israel tidak menghentikan serangan dan mengundurkan sepenuhnya tentera mereka dari Gaza.
- Gencatan senjata tidak akan berlaku selagi mana zionis Israel tidak menghentikan serangan dan mengundurkan sepenuhnya tentera mereka dari Gaza.
- Hamas mengesahkan perkara itu disepakati Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Ziad Al-Nakhleh dalam perbincangan mereka pada Jumaat lalu.
- “Perbincangan diadakan mengenai inisiatif menamatkan pencerobohan terhadap Gaza dan adanya pengesahan pertimbangan cadangan baharu untuk gencatan senjata diasaskan atas dasar bahawa sebarang rundingan membawa kepada penamatan sepenuhnya pencerobohan, pengunduran tentera pendudukan daripada wilayah (Gaza), menarik balik kepungan dan pembinaan semula (di Gaza), kemasukan semua keperluan rakyat kita dan mencapai perjanjian pertukaran (tawanan) yang komprehensif.
- “Kumpulan penentangan akan memperjuangkan kepentingan dan perlindungan rakyat Palestin,” kata kenyataan bersama mereka dipetik MEMO.
Gencatan senjata tidak akan berlaku selagi mana zionis Israel tidak menghentikan serangan dan mengundurkan sepenuhnya tentera mereka dari Gaza.
Hamas mengesahkan perkara itu disepakati Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Ziad Al-Nakhleh dalam perbincangan mereka pada Jumaat lalu.
“Perbincangan diadakan mengenai inisiatif menamatkan pencerobohan terhadap Gaza dan adanya pengesahan pertimbangan cadangan baharu untuk gencatan senjata diasaskan atas dasar bahawa sebarang rundingan membawa kepada penamatan sepenuhnya pencerobohan, pengunduran tentera pendudukan daripada wilayah (Gaza), menarik balik kepungan dan pembinaan semula (di Gaza), kemasukan semua keperluan rakyat kita dan mencapai perjanjian pertukaran (tawanan) yang komprehensif.
“Kumpulan penentangan akan memperjuangkan kepentingan dan perlindungan rakyat Palestin,” kata kenyataan bersama mereka dipetik MEMO.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilihat terus berdolak-dalik dalam perkara itu dan dilihat membawa Israel ke dalam kancah peperangan demi survival politiknya dengan tindakan tidak mempedulikan tawanan Israel.
Qatar dan negara berkaitan terus berusaha untuk menjayakan proses seterusnya untuk mencapai gencatan senjata.
Sebelum ini, Penasihat Media kepada Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, Taher Al-Nono dilaporkan berkata cadangan perjanjian gencatan senjata itu masih diteliti Hamas. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar