Terkini
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM42.58 juta
Pemboikotan konflik Israel-Palestin terhadap francais Starbucks menyebabkan Berjaya Food Bhd mencatat rekod kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2023 (2QFY2024), berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.
- Pemboikotan konflik Israel-Palestin terhadap francais Starbucks menyebabkan Berjaya Food Bhd mencatat rekod kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2023 (2QFY2024), berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.
- Menurut kumpulan makanan dan minuman itu di Bursa Malaysia, pendapatan mereka juga terjejas dengan kerugian RM10.5 juta daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Jollibean Foods Pte Ltd.
- Hasil suku tahunan Berjaya Food susut 38.19 peratus kepada RM182.55 juta, berbanding RM295.32 juta sebelumnya berikutan jualan lebih rendah kerana boikot.
- “Selain itu, lembaga pengarah percaya bahawa prestasi operasi akan pulih dan mendapatkan semula momentum, melihat keadaan semasa sebagai jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif pada masa hadapan,” katanya dipetik DagangNews.com hari ini.
KUALA LUMPUR — Pemboikotan konflik Israel-Palestin terhadap francais Starbucks menyebabkan Berjaya Food Bhd mencatat rekod kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2023 (2QFY2024), berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.
Menurut kumpulan makanan dan minuman itu di Bursa Malaysia, pendapatan mereka juga terjejas dengan kerugian RM10.5 juta daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Jollibean Foods Pte Ltd.
Hasil suku tahunan Berjaya Food susut 38.19 peratus kepada RM182.55 juta, berbanding RM295.32 juta sebelumnya berikutan jualan lebih rendah kerana boikot.
Begitu juga bagi enam bulan berakhir 31 Disember 2023 (6MFY2024), Berjaya Food mengalami kerugian bersih RM23.55 juta berbanding keuntungan bersih RM70.19 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya, manakala hasil turun 20.28 peratus kepada RM461.09 juta daripada RM578.37 juta.
Walaupun prestasi kewangan yang lemah untuk dua suku pertama FY2024, BFood dilaporkan sebagai berkata kumpulan itu menjangkakan prestasi operasinya menunjukkan peningkatan dalam baki dua suku lagi.
“Selain itu, lembaga pengarah percaya bahawa prestasi operasi akan pulih dan mendapatkan semula momentum, melihat keadaan semasa sebagai jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif pada masa hadapan,” katanya dipetik DagangNews.com hari ini.
Saham BFood berakhir 1.5 sen lebih rendah atau 2.56 peratus kepada 57 sen ketika pasaran ditutup Rabu, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran RM1.11 bilion. — The Merdeka Times