Connect with us

Antarabangsa

AS veto resolusi PBB tuntut gencatan senjata segera Gaza

Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield.
  • Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.
  • Washington memveto cadangan PBB itu yang menuntut gencatan senjata segera dan pembebasan “tanpa syarat” semua tebusan yang diculik ketika serangan 7 Oktober lalu.
  • Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menggelar undian itu “penuh harapan dan tidak bertanggungjawab”.
  • Hamas berkata veto AS itu menyamai satu tindakan memberi “lampu hijau” bagi Israel untuk melakukan lebih banyak pembunuhan.
  • Veto itu mencetuskan kritikan terhadap Washington, bukan sahaja dari China dan Russia yang menolak sokongan tegas AS untuk Israel, tetapi juga dari sekutu AS termasuk Perancis, Malta dan Slovenia.

Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.

Washington memveto cadangan PBB itu yang menuntut gencatan senjata segera dan pembebasan “tanpa syarat” semua tebusan yang diculik ketika serangan 7 Oktober lalu.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menggelar undian itu “penuh harapan dan tidak bertanggungjawab”.

Hamas berkata veto AS itu menyamai satu tindakan memberi “lampu hijau” bagi Israel untuk melakukan lebih banyak pembunuhan.

Veto itu mencetuskan kritikan terhadap Washington, bukan sahaja dari China dan Russia yang menolak sokongan tegas AS untuk Israel, tetapi juga dari sekutu AS termasuk Perancis, Malta dan Slovenia.

AS memegang rekod berterusan menggunakan kuasa vetonya untuk melindungi Israel daripada pertanggungjawaban, iaitu sejak Israel ditubuhkan pada 1948 melalui kempen pembersihan etnik, yang dipanggil rakyat Palestin sebagai Nakba.

Menurut analisis Al Jazeera dipetik Truthout, AS telah menolak 34 daripada 36 resolusi PBB berkaitan dengan Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *