Connect with us

Terkini

Prinsip antarabangsa kekang hantar balik pelarian Rohingya

Malaysia berkemungkinan tidak dapat menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar ketika ini berdasarkan prinsip ‘non-refoulement’ yang diterima secara meluas sebagai undang-undang antarabangsa. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Prinsip antarabangsa kekang hantar balik pelarian Rohingya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia berkemungkinan tidak dapat menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar ketika ini berdasarkan prinsip ‘non-refoulement’ yang diterima secara meluas sebagai undang-undang antarabangsa. 
  • Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata prinsip itu melarang sesuatu negara menghantar pulang atau mengusir pelarian ke negara asal atau negara lain yang berpotensi menganiaya atau menyeksa mereka. 
  • “Oleh itu, jika pelarian Rohingya akan mengalami bahaya serius apabila kembali ke Myanmar, Malaysia mungkin tidak dapat menghantar mereka pulang buat masa sekarang,” katanya dipetik Harian Metro pada Rabu. 
  • Pada 31 Disember lalu, media melaporkan Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak mengatakan ada perbezaan jelas antara soal kemanusiaan dan kedaulatan negara apabila membicarakan isu pelarian Rohingya yang semakin ramai di negara ini.

KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan tidak dapat menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar ketika ini berdasarkan prinsip ‘non-refoulement’ yang diterima secara meluas sebagai undang-undang antarabangsa. 

Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata prinsip itu melarang sesuatu negara menghantar pulang atau mengusir pelarian ke negara asal atau negara lain yang berpotensi menganiaya atau menyeksa mereka. 

“Ada cadangan menghantar pelarian Rohingya pulang. Di bawah undang-undang antarabangsa, terdapat prinsip non-refoulement yang diterima secara meluas di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, melarang pengusiran pelarian ke negara di mana mereka mungkin menghadapi penganiayaan atau ancaman terhadap kehidupan mereka.

“Oleh itu, jika pelarian Rohingya akan mengalami bahaya serius apabila kembali ke Myanmar, Malaysia mungkin tidak dapat menghantar mereka pulang buat masa sekarang.

“Setiap kes hendaklah dinilai secara individu dengan mengambil kira keadaan khusus dan kewajipan undang-undang antarabangsa,” katanya dipetik Harian Metro pada Rabu. 

Pada 31 Disember lalu, media melaporkan Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak mengatakan ada perbezaan jelas antara soal kemanusiaan dan kedaulatan negara apabila membicarakan isu pelarian Rohingya yang semakin ramai di negara ini.

Halim Ishak dilaporkan berkata pelarian Rohingya mewujudkan kartel pemerdagangan manusia dalam kalangan rakyat Malaysia dan perlu dihapuskan segera sebelum menjadi lebih parah.

Justeru, usaha menghantar pulang warga Rohingya perlu dilakukan bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan harmoni.

Mengulas lanjut, Mohd Yazid berkata masalah boleh dielakkan sekiranya kerajaan merujuk pakar sebelum mengambil keputusan menerima pelarian daripada kelompok minoriti itu.

Beliau berkata implikasi kepada rakyat tempatan mesti diambil kira termasuk dari sudut keselamatan, isu sosial dan ekonomi sebelum keputusan dibuat untuk menerima pelarian.

“Seterusnya, polisi yang jelas dan komprehensif perlu dibuat termasuklah memastikan jumlah pelarian yang mampu diambil, syarat penerimaan, isu penempatan, isu pekerjaan, tempoh tinggal, sentimen penduduk setempat dan lokasi penempatan.

“Kepentingan penduduk tempatan akan terabai apabila keputusan dibuat secara terburu-buru tanpa merujuk kepada pakar dan wakil penduduk setempat,” kata Mohd Yazid. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *