Antarabangsa
Posting sokong Palestin, Pemain bola sepak Algeria didenda RM228,195
Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan (digantung) kepada pemain bola sepak Algeria, Youcef Atal kerana posting dikongsinya di media sosial mengenai perang di Gaza.
- Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan (digantung) kepada pemain bola sepak Algeria, Youcef Atal kerana posting dikongsinya di media sosial mengenai perang di Gaza.
- Pemain pertahanan berusia 27 tahun bagi Kelab Ligue 1 Nice itu juga diperintahkan Mahkamah Jenayah Nice untuk membayar denda 45,000 euro (RM228,195) kerana berkongsi video menggesa “Hari gelap bagi orang Yahudi”.
- Isu itu timbul berikutan video pendakwah, Mahmoud Al Hasanat, yang mana Atal kongsikan dengan 3.2 juta pengikut Instagramnya, lima hari selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.
- Serangan mengejut Hamas itu adalah ekoran pembantaian dan penindasan berterusan rejim Israel ke warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat sejak 1948, selain penodaan ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
- Atal dituduh berkongsi video terbabit ketika bersama pasukan kebangsaan Algeria di negara asalnya.
- Ketika perbicaraan di mahkamah, Atal memohon maaf kepada dan mengatakan perkongsian itu sekadar menghantar “mesej keamanan” dan beliau tidak menonton keseluruhan video berdurasi 35 saat itu sebelum menyiarkannya.
Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan (digantung) kepada pemain bola sepak Algeria, Youcef Atal kerana posting dikongsinya di media sosial mengenai perang di Gaza.
Pemain pertahanan berusia 27 tahun bagi Kelab Ligue 1 Nice itu juga diperintahkan Mahkamah Jenayah Nice untuk membayar denda 45,000 euro (RM228,195) kerana berkongsi video menggesa “Hari gelap bagi orang Yahudi”.
France24 melaporkan pemain itu juga akan membuat pembayaran butiran sabitannya yang akan diterbitkan dalam akhbar harian Nice-Matin dan akhbar nasional Le Monde.
Isu itu timbul berikutan video pendakwah, Mahmoud Al Hasanat, yang mana Atal kongsikan dengan 3.2 juta pengikut Instagramnya, lima hari selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.
Serangan mengejut Hamas itu adalah ekoran pembantaian dan penindasan berterusan rejim Israel ke warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat sejak 1948, selain penodaan ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Atal dituduh berkongsi video terbabit ketika beliau bersama pasukan kebangsaan Algeria di negara asalnya.
Beliau kemudian memadamkan perkongsian itu dan memohon maaf apabila Nice memberi amaran bahawa ia berkemungkinan akan menarik kontroversi.
Ketika perbicaraan di mahkamah, Atal memohon maaf kepada dan mengatakan perkongsian itu sekadar menghantar “mesej keamanan” dan beliau tidak menonton keseluruhan video berdurasi 35 saat itu sebelum menyiarkannya.
Hujah itu bagaimanapun tidak meyakinkan pendakwa raya atau plaintif yang majoritinya adalah organisasi Yahudi dan Liga Bola Sepak Profesional (LFP).
“Berkongsi video bermakna menjadi pihak kepada mesej itu dan membuatkannya keterlihatan,” kata Pendakwa Raya, Meggi Choutia kepada mahkamah dipetik France24.
“Tidak ada perbincangan tentang keamanan pada video berdurasi 35 saat ini,” kata pendakwa raya itu.
Nice menggantung Atal daripada bermain “sehingga diberitahu kelak”, manakala dia menerima penggantungan tujuh perlawanan sejak tamat kontrak LFP. – The Merdeka Times