Connect with us

Antarabangsa

Keruntuhan sistem penjagaan kesihatan di Gaza masih berterusan – Mads Gilbert

Dr Mads Gilbert yang bertugas di Gaza selama lebih 20 tahun berkata keruntuhan sistem penjagaan kesihatan Gaza masih berterusan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keruntuhan sistem penjagaan kesihatan di Gaza masih berterusan – Mads Gilbert
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dr Mads Gilbert yang bertugas di Gaza selama lebih 20 tahun berkata keruntuhan sistem penjagaan kesihatan Gaza masih berterusan. 
  • Datuk Bandar Gaza di bahagian utara Gaza pula melaporkan mereka belum menerima “setitis bahan api” selama beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Di bahagian selatan Gaza, hospital dikatakan dipenuhi mangsa-mangsa cedera.
  • “Ia satu keadaan yang mengerikan. Kapasiti penjagaan kesihatan tidak cukup sama sekali untuk mengendalikan jumlah besar seramai 61,000 yang cedera ini.
  • “Mereka kekurangan segala-galanya, mereka tidak mempunyai antibiotik, anestetik, cecair IV.
  • “Ini merupakan bencana buatan manusia yang sistematik. Ia dirancang dan dilaksanakan kerajaan Israel dengan sokongan penuh Amerika Syarikat (AS). Ia adalah bencana perubatan yang paling teruk dalam sejarah moden,” kata Gilbert kepada Al Jazeera.

Dr Mads Gilbert yang bertugas di Gaza selama lebih 20 tahun berkata keruntuhan sistem penjagaan kesihatan Gaza masih berterusan. 

Datuk Bandar Gaza di bahagian utara Gaza pula melaporkan mereka belum menerima “setitis bahan api” selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Di bahagian selatan Gaza, hospital dikatakan dipenuhi mangsa-mangsa cedera.

“Ia satu keadaan yang mengerikan. Kapasiti penjagaan kesihatan tidak cukup sama sekali untuk mengendalikan jumlah besar seramai 61,000 yang cedera ini.

“Mereka kekurangan segala-galanya, mereka tidak mempunyai antibiotik, anestetik, cecair IV.

“Ini merupakan bencana buatan manusia yang sistematik. Ia dirancang dan dilaksanakan kerajaan Israel dengan sokongan penuh Amerika Syarikat (AS). Ia adalah bencana perubatan yang paling teruk dalam sejarah moden,” kata Gilbert kepada Al Jazeera.

Serangan terbaru Israel di wilayah konflik itu juga menyebabkan angka kematian mencecah lebih 24,000 rakyat Palestin sejak pembunuhan beramai-ramai rejim zionis dilancarkan.

Ia termasuk lebih 10,400 kanak-kanak — atau lebih satu peratus daripada populasi kanak-kanak Gaza.

Sekurang-kurangnya 60,317 warga Palestin dilaporkan cedera di wilayah itu dengan ramai bertungkus lumus mencari penjagaan kesihatan atau ubat-ubatan bagi merawat luka dengan lebih 8,000 mangsa masih dilaporkan hilang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *