Connect with us

Terkini

‘Kerajaan pintu belakang’ adalah kepakaran Anwar – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa usaha politik langkah-melangkah, ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘backdoor Government’ sebagai kepakaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Avatar

Published

on

Kerajaan ‘pintu belakang’ adalah kepakaran Anwar – Tun M
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).
  • Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa usaha politik langkah-melangkah, ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘backdoor Government’ sebagai kepakaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama dua kali itu berkata,  rakyat tentunya tidak lupa peristiwa 16 September pada 2008 yang direncanakan Anwar bagi menubuhkan kerajaan dengan taktik itu.
  • “Ada juga langkah yang bersandar kepada “𝘐 𝘩𝑎𝘷𝑒 𝑡𝘩𝑒 𝑛𝘶𝑚𝘣𝑒𝘳𝑠” dan juga langkah “𝘴𝑡𝘳𝑜𝘯𝑔, 𝘧𝑜𝘳𝑚𝘪𝑑𝘢𝑏𝘭𝑒 𝑎𝘯𝑑 𝑐𝘰𝑛𝘷𝑖𝘯𝑐𝘪𝑛𝘨 𝘮𝑎𝘫𝑜𝘳𝑖𝘵𝑦.
  • “Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih Kerajaan secara backdoor.
  • “Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi,” kata Dr Mahathir dalam catatan ‘LANGKAH DEPAN ATAU BELAKANG’ di platform X hari ini.
  • Beliau berkata demikian merujuk kepada konspirasi Langkah Dubai bertujuan menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar, yang mana dinafikan pembabitannya oleh Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa usaha politik langkah-melangkah, ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘backdoor Government’ sebagai kepakaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama dua kali itu berkata,  rakyat tentunya tidak lupa peristiwa 16 September pada 2008 yang direncanakan Anwar bagi menubuhkan kerajaan dengan taktik itu.

“Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government. Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi MB Selangor.

“Ada juga langkah yang bersandar kepada “𝘐 𝘩𝑎𝘷𝑒 𝑡𝘩𝑒 𝑛𝘶𝑚𝘣𝑒𝘳𝑠” dan juga langkah “𝘴𝑡𝘳𝑜𝘯𝑔, 𝘧𝑜𝘳𝑚𝘪𝑑𝘢𝑏𝘭𝑒 𝑎𝘯𝑑 𝑐𝘰𝑛𝘷𝑖𝘯𝑐𝘪𝑛𝘨 𝘮𝑎𝘫𝑜𝘳𝑖𝘵𝑦.

“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih Kerajaan secara backdoor.

“Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi,” kata Dr Mahathir dalam catatan ‘LANGKAH DEPAN ATAU BELAKANG’ di platform X hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian merujuk kepada isu konspirasi Langkah Dubai dipercayai bertujuan menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

Usaha mengenai langkah itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa menerima laporan ‘perisikan’ berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut isu kerajaan pintu belakang, Dr Mahathir berkata konspirasi sedemikian hanya boleh dilakukan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi PM,” katanya.

Dalam catatan itu, Dr Mahathir turut menafikan penglibatan beliau dengan konspirasi Langkah Dubai.

“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh Kerajaan pintu belakang. Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai,” kata Dr Mahathir. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending