Connect with us

Terkini

Isu ‘teddy bear’: ‘Islam perlu dihapuskan’, komen rasis melampau di media Cina

“Agama Islam tidak seharusnya wujud. Ianya (Islam) perlu dihapuskan!”, demikian komen rasis bukan Muslim di media Cina tempatan berikutan isu haram tidur dengan patung seperti ‘teddy bear’ diutarakan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), kelmarin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isu ‘teddy bear’: ‘Islam perlu dihapuskan’, komen rasis melampau di media Cina
Foto: Peguam dan Aktivis Kontroversi, Siti Kasim.
  • “Agama Islam tidak seharusnya wujud. Ianya (Islam) perlu dihapuskan!”, demikian komen rasis bukan Muslim di media Cina tempatan berikutan isu haram tidur dengan patung seperti ‘teddy bear’ diutarakan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), kelmarin.
  • Komen individu bernama ‘Lee Cent’ itu timbul di ruangan komen Facebook (FB) Malaysia Sin Chew Daily yang memuat naik berita peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim mengemaskini profil foto FBnya dengan memuat naik gambar beliau memeluk dua ‘teddy bear’.
  • Komen rasis itu didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang menantikan sama ada pemilik komen terbabit dan Sin Chew Daily akan dikenakan tindakan atau tidak.
  • “Berminat sungguh ya Sin Chew sehingga berita tentang Siti Kasim memeluk ‘teddy bear’ dikongsi dua kali dalam tempoh sejam! Posting lain di page itu sendu, nak dapat 100 likes pun susah tetapi apa sahaja tentang Islam, likes beribu dan komen beratus, majoriti negatif.
  • “Saya ingin melihat sama ada individu bernama Lee Cent itu akan dikenakan tindakan atau tidak dengan komennya dan sama ada Sin Chew juga akan dikenakan tindakan atau tidak! Rakyat memerhati…,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di FB hari ini.
  • Kelmarin, media melaporkan Ustaz Azhar Idrus berkata ketika ini ramai golongan perempuan tidur bersama patung sedangkan hukumnya haram dan hanya dibolehkan untuk kanak-kanak bermain.
  • Semakan The Merdeka Times di FB Sin Chew Daily pada 11 pagi tadi mendapati komen “Lee Cent” itu telah dipadamkan.

KUALA LUMPUR — “Agama Islam tidak seharusnya wujud. Ianya (Islam) perlu dihapuskan!”.

Itu antara komen rasis bukan Muslim di media Cina tempatan berikutan isu haram tidur dengan patung seperti ‘teddy bear’ yang diutarakan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), kelmarin.

Komen individu bernama ‘Lee Cent’ itu timbul di ruangan komen Facebook (FB) Malaysia Sin Chew Daily yang memuat naik berita peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim mengemaskini profil foto FBnya dengan memuat naik gambar beliau memeluk dua ‘teddy bear’.

Komen rasis itu didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang menantikan sama ada pemilik komen terbabit dan Sin Chew Daily akan dikenakan tindakan atau tidak.

Foto : Tangkap layar hantaran Facebook Malaysia Sin Chew Daily.

“Berminat sungguh ya Sin Chew sehingga berita tentang Siti Kasim memeluk ‘teddy bear’ dikongsi dua kali dalam tempoh sejam! Posting lain di page itu sendu, nak dapat 100 likes pun susah tetapi apa sahaja tentang Islam, likes beribu dan komen beratus, majoriti negatif.

“Saya ingin melihat sama ada individu bernama Lee Cent itu akan dikenakan tindakan atau tidak dengan komennya dan sama ada Sin Chew juga akan dikenakan tindakan atau tidak!

“Rakyat memerhati…,” katanya menerusi hantaran di FB hari ini.

Foto : Tangkap layar komen netizen di FB Sin Chew Daily.

Kelmarin, media melaporkan Ustaz Azhar Idrus berkata ketika ini ramai golongan perempuan tidur bersama patung sedangkan hukumnya haram dan hanya dibolehkan untuk kanak-kanak bermain.

Justeru, beliau mengingatkan ibu bapa tidak membiarkan anak-anak tidur dengan patung permainan seperti ‘teddy bear’.

Penjelasan untuk orang Islam itu mengundang sindiran netizen bukan Muslim yang menulis komen di hantaran media tempatan di FB kononnya hidup kelompok Muslim dipenuhi pelbagai ‘larangan’.

Sindiran netizen itu juga mendapat perhatian seorang peguam Cina, Tai Zee How (Apek Cina) yang mengingatkan masyarakat bukan Islam untuk tidak mencampuri atau mengkritik urusan dalaman agama Islam. 

Semakan The Merdeka Times di FB Sin Chew Daily pada 11 pagi tadi mendapati komen “Lee Cent” itu telah dipadamkan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *