Antarabangsa
Imam meninggal dunia ditembak di luar masjid
Seorang imam yang ditembak di luar masjidnya di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Rabu meninggal dunia akibat kecederaannya.
- Seorang imam yang ditembak di luar masjidnya di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Rabu meninggal dunia akibat kecederaannya.
- Imam Hassan Sharif, imam di Masjid Muhammad – Newark, sedang bersiap untuk menunaikan solat subuh apabila seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali menghampirinya dan melepaskan tembakan di luar masjid.
- Menurut Polis Newark, insiden itu berlaku sekitar 6.15 pagi, berhampiran persimpangan Camden Street dan South Orange Avenue.
- Hassan Sharif yang ditembak dua kali, dikejarkan ke Hospital Universiti dalam keadaan kritikal dan kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia pada hari sama.
- Polis di bandar Newark, New Jersey, AS, tidak menyatakan motif insiden itu berlaku.
Seorang imam yang ditembak di luar masjidnya di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Rabu meninggal dunia akibat kecederaannya.
Imam Hassan Sharif, imam di Masjid Muhammad – Newark, sedang bersiap untuk menunaikan solat subuh apabila seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali menghampirinya dan melepaskan tembakan di luar masjid.
Menurut Polis Newark, insiden itu berlaku sekitar 6.15 pagi berhampiran persimpangan Camden Street dan South Orange Avenue.
Hassan Sharif yang ditembak dua kali, dikejarkan ke Hospital Universiti dalam keadaan kritikal dan kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia pada hari sama.
Arab News memetik AFP melaporkan polis di bandar Newark tidak menyatakan motif insiden itu berlaku.
Allahyarham Hassan Sharif merupakan Pegawai Keselamatan Pengangkutan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty sejak 2006.
Sejak meletusnya perang di Gaza, berlaku peningkatan dalam serangan Islamofobia dan anti-Semitisme di seluruh AS.
ABC7 New York melaporkan Essex County CrimeStoppers menawarkan $25,000 kepada sesiapa yang tampil dengan maklumat berkenaan insiden tembakan itu. – The Merdeka Times