Connect with us

Terkini

Harga barang lebih murah jika AP dimansuh

Pengguna mungkin dapat menikmati harga barang lebih murah jika permit diluluskan (AP) dimansuhkan atau dikurangkan dengan mewujudkan pasaran bebas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Harga barang lebih murah jika AP dimansuh
Foto: Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin, Ameer Ali Mydin.
  • Pengguna mungkin dapat menikmati harga barang lebih murah jika permit diluluskan (AP) dimansuhkan atau dikurangkan dengan mewujudkan pasaran bebas.
  • Pengarah urusan pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin berkata ketika ini ramai berdepan halangan membawa masuk barangan tertentu. 
  • Beliau berkata semua orang akan mampu membeli barangan dengan harga murah apabila wujudnya pasaran bebas dengan penghapusan AP barangan tertentu, terutamanya makanan. 
  • “Bila ada permit maknanya bukan semua orang tetapi yang terpilih sahaja boleh bawa masuk barang. Macam gula kena ada AP dan perlu minta kelulusan daripada kerajaan jika nak import. Dapat atau tidak itu cerita lain…tiada ketelusan.
  • “Beras pun begitu…sekarang kita jual 10 kilogram beras import pada harga RM42 manakala di Thailand hanya RM34…tapi saya tak boleh bawa masuk. Kalau saya boleh masuk beras Thailand saya boleh jual pada harga itu juga,” katanya dipetik FMT hari ini.
  • Pada 15 Januari lalu, kerajaan dilaporkan mencari satu formula bagi menambah baik tatakelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara.

KUALA LUMPUR – Pengguna mungkin dapat menikmati harga barang lebih murah jika permit diluluskan (AP) dimansuhkan atau dikurangkan dengan mewujudkan pasaran bebas.

Pengarah urusan pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin berkata ketika ini ramai berdepan halangan membawa masuk barangan tertentu. 

Beliau berkata semua orang akan mampu membeli barangan dengan harga murah apabila wujudnya pasaran bebas dengan penghapusan AP barangan tertentu, terutamanya makanan. 

“Bila ada permit maknanya bukan semua orang tetapi yang terpilih sahaja boleh bawa masuk barang. Macam gula kena ada AP dan perlu minta kelulusan daripada kerajaan jika nak import. Dapat atau tidak itu cerita lain…tiada ketelusan.

“Beras pun begitu…sekarang kita jual 10 kilogram beras import pada harga RM42 manakala di Thailand hanya RM34…tapi saya tak boleh bawa masuk. Kalau saya boleh masuk beras Thailand saya boleh jual pada harga itu juga,” katanya dipetik FMT hari ini.

Katanya, pasaran tempatan juga akan menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing. 

Pada 15 Januari lalu, kerajaan dilaporkan mencari satu formula bagi menambah baik tata kelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata perkara itu bukan sahaja menguntungkan pengguna tetapi pengeluar tempatan dalam memastikan keterjaminan makanan negara sentiasa mencukupi.

Pakar pertanian dari Universiti Putra Malaysia, Fatimah Mohamed Arshad pula berpandangan AP bukan strategi jangka panjang ideal menjamin bekalan makanan negara, berikutan beberapa “masalah” seperti pemegang permit lazimnya pilihan ahli politik.

Fatimah berkata Malaysia sepatutnya meningkatkan usaha memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan bekalan makanan, mengambil contoh India yang menjadi pengeksport terbesar beras di dunia dalam masa 10 tahun tanpa perlu bergantung kepada agensi kerajaan.

“Di Malaysia, semua agihan dipusatkan kepada satu agensi menyebabkan tindakan lambat ditambah masalah tadbir urus dan kos tinggi setiap tahun,” kata Fatimah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *